Republic of Sabah North Borneo ataupun Republik Sabah North Borneo (RSNB) merupakan satu  badan Organisasi Bukan Kerajaan (Non-Governmental Organisation - NGO) yang sah dan berdaftar di Australia pada 25 Mei 2020 dengan nombor pendaftaran Reg. No. A0109799D.

Tujuan penubuhan dan perjuangannya adalah untuk mendidik, berkempen untuk kesedaran dan menjadi kumpulan penekan kepada semua ahli-ahli politik tempatan daripada kesemua parti-parti politik tempatan Negara Sabah untuk memperjuangkan Kemerdekaan Negara Sabah.

Perjuangan Kemerdekaan yang akan dilakukan oleh RSNB adalah mengikut saluran perundangan, yang mengamalkan keamanan dan tidak akan menggunakan sebarang kekerasan yang boleh menimbulkan huru-hara sehingga menjejaskan keselamatan rakyat Negara Sabah.

Disini, ingin pihak kami berikan pencerahan tentang dasar perjuangan yang merangkumi secara umum untuk rujukan awam.

Tujuan

Tujuan NGO ini adalah untuk mendidik, berkempen untuk kesedaran dan menjadi Kumpulan Pendesak kepada ahli-ahli politik daripada semua parti-parti politik tempatan Sabah dan Kerajaan Sabah untuk meperjuangkan Kemerdekaan Sabah.

Objektif
  1. Memberi pengetahuan kepada semua Sabahan mengenai fakta sebenar ketidaksahan status perjanjian Malaysia yang telah disesatkan oleh ahli-ahli politik Bornean dan Malaya.
  2. Untuk menyebarkan kesedaran tentang keperluan dan kewajiban moral untuk menyokong Kemerdekaan Sabah untuk menjadi Negara Republik Sabah Borneo Utara dalam tempoh 10 tahun (2030).
  3. Menjadi Kumpulan Pendesak kepada ahli-ahli politik Sabahan dan parti-parti politik tempatan Sabah untuk memimpin dan memperjuangkan Kemerdekaan Sabah.

Misi

Untuk mempercepatkan kesedaran tentang keperluan untuk menyokong Kemerdekaan Negara Sabah untuk menjadi Negara Republik yang akan dikenali sebagai Negara Republik Sabah Borneo Utara.

Visi

Kami percaya bahawa Sabahan sememangnya telah bersedia untuk menjadi Bangsa dan Negara yang merdeka, berkemampuan untuk mengurus sumber alam semulajadinya dengan bertanggungawab, mempertahankan negaranya dan mentadbir Kerajaannya dengan Keadilan, Perpaduan dan Integriti, di Asia Tenggara dan Dunia.


Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.