Apabila kita menelusuri kembali sejarah ‘pembentukan malaysia’ pada tahun 1963, naratif ataupun penceritaan yang sering didengari adalah bahawa kononnya ‘penyatuan antara malaya, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura’ merupakan satu tindakan sah hasil daripada persetujuan semua pihak. Namun, apabila diselidiki dengan lebih mendalam dan terperinci, kebenaran yang menyakitkan muncul: perjanjian malaysia 1963 (ma63) tidak pernah sah, bercanggah dengan undang-undang antarabangsa, dan berpaksikan kepada penilaian yang telah dimanipulasi — bukan daripada persetujuan rakyat secara sah.

Asas kepada proses yang cacat ini adalah Suruhanjaya Cobbold, yang sebenarnya bukanlah satu referendum, dan tidak boleh sama sekali dijadikan bukti persetujuan demokrasi Rakyat Bangsa Negara Sabah dan Rakyat Bangsa Negara Sarawak.

Suruhanjaya Cobbold Merupakan Satu Penilaian dan Bukan Referendum

Ramai rakyat malaysia tersalah faham dan disesatkan oleh naratif buatan dan percaya bahawa Suruhanjaya Cobbold adalah satu bentuk referendum rakyat. Ini adalah salah sama sekali tidak benar.

Suruhanjaya Cobbold bukan referendum. Ia hanyalah satu suruhanjaya lantikan British yang bertujuan untuk menilai pendapat umum mengenai cadangan ‘pembentukan persekutuan malaysia’. Peranannya hanyalah bersifat nasihat, dan tidak mempunyai sebarang kesan undang-undang.

  • Tiada undi dijalankan.
  • Tiada sistem rahsia undi.
  • Tiada penglibatan semua rakyat secara menyeluruh.
  • Tiada pemantau antarabangsa hadir.
  • Keputusan tidak diiktiraf sebagai asas sah untuk menentukan masa depan politik.

Hanya 4,000 orang Sahaja yang dipilih daripada populasi  seramai lebih 1 juta di Negara Sabah dan Negara Sarawak. Mereka ini bukanlah mewakili rakyat secara adil — kebanyakannya terdiri daripada ketua masyarakat, pemimpin elit tempatan dan penyokong kuat cadangan malaysia.

Proses ini bukan satu referendum. Tiada satu pun piawaian referendum yang diiktiraf oleh undang-undang antarabangsa dipenuhi. Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Resolusi 1541 (XV) dan beberapa pendapat ICJ telah menetapkan bahawa penentuan nasib sendiri mestilah dilakukan melalui pengundian secara bebas dan sah, yang tidak pernah berlaku di Sabah dan Sarawak.

Analisis Statistik Membuktikan Fakta Tidak Menipu

Daripada 4,000 orang yang dinilai oleh Suruhanjaya Cobbold:

  • 1/3 (anggaran 1,333 orang) menyokong cadangan Malaysia, namun tidak memahami sepenuhnya apakah erti sebenar Malaysia.
  • 1/3 (anggaran 1,333 orang)  menyokong secara bersyarat.
  • 1/3 (anggaran 1,333 orang) menentang keras pembentukan Malaysia.

Ini bermaksud, hanya 1,333 orang sahaja, iaitu sekadar 0.13% daripada 1 juta penduduk, menyatakan sokongan secara terbuka tanpa syarat. Sebaliknya, rekod sejarah menunjukkan lebih 100,000 Rakyat Bangsa Negara Sabah dan Rakyat Bangsa Negara Sarawak — sekurang-kurangnya 10% — membantah ‘penyertaan dalam malaysia’ melalui petisyen dan bantahan rasmi. Suara-suara ini langsung tidak diendahkan dalam laporan rasmi.

Tidak Sah dari Awal Dapat Dibuktikan Melalui Analisis Undang-Undang ke Atas MA63

Perjanjian Malaysia 1963 ditandatangani oleh:

  • Kerajaan United Kingdom (bagi pihak tanah jajahannya),
  • Persekutuan Tanah Melayu,
  • serta pihak daripada Borneo Utara, Sarawak dan Singapura — yang ketika itu bukan entiti berdaulat yang boleh melakukan perjanjian antarabangsa.

Ini adalah kecacatan utama dalam perjanjian antarabangsa.

Menurut Konvensyen Vienna Mengenai Undang-Undang Perjanjian (1969), sesuatu perjanjian hanya sah apabila ditandatangani oleh entiti yang berdaulat secara sah. Pada tahun 1963, Borneo Utara dan Sarawak masih merupakan tanah jajahan yang belum merdeka sepenuhnya, dan berada di bawah seliaan Jawatankuasa Dekolonisasi PBB (Committee of 24).

Justeru itu, mana-mana perjanjian yang ditandatangani tanpa kemerdekaan penuh dan tanpa mandat daripada rakyat adalah batal dan tidak sah dari awal (void ab initio).

 Penjenamaan Semula Penjajahan Merupakan Strategi malaysia Sebagai Jalan Pintas Politik

‘Pembentukan malaysia’ bukanlah hasil penentuan nasib sendiri rakyat — ia adalah strategi penjajahan semula oleh kuasa British dan malaya. Dengan kemerdekaan semakin menular selepas Perang Dunia Kedua, Britain mencari jalan untuk menyerahkan tanah jajahannya kepada Persekutuan Tanah Melayu dengan cepat dan mudah — lalu terhasillah idea malaysia.

Suruhanjaya Cobbold hanyalah alat untuk memberi 'legitimasi' palsu terhadap perancangan tersebut.

Apabila tiada referendum dijalankan, apabila suara penentangan rakyat diabaikan, dan apabila perjanjian dimeterai oleh pihak yang tiada kedaulatan, maka ‘pembentukan malaysia’ adalah satu tindakan tidak sah dan tidak bermoral di bawah undang-undang antarabangsa.

Mereka Yang Menyuarakan Kebenaran Kini Dikenakan Tindakan

Hari ini, mereka yang mendedahkan kebenaran ini diancam dan didakwa. Contoh sebelum ini ialah Doris Jones dibawah Gerakan Sabah Sarawak Keluar Malaysia – SSKM yang telah bergerak dibawah platform NGO berdaftar iaitu Sabah Sarawak Union di UK, Robert Pei dibawah NGO Sabah Sarawak Rights Australia & New Zealand - SSRANZ dan terbaru ialah kes Mosses P.A. Ampang dibawah NGO Republic of Sabah North Borneo - RSNB, yang dikenakan dakwaan di bawah Akta Hasutan 1948 hanya kerana menurunkan bendera malaysia dan menaikkan bendera Kebangsaan Negara Sabah sebagai simbol penolakan penjajahan malaya yang kini dunia mengenali mereka dengan nama malaysia sejak 16 September 1963. Ini membuktikan bahawa kerajaan malaysia ternyata sedang berusaha menindas suara kebenaran dengan menggunakan undang-undang lapuk daripada Kerajaan British.

Jika MA63 sah, kenapa perlu takut kepada kebenaran? Kenapa perlu menangkap mereka yang mempersoalkannya?

Jawapannya mudah kepada persoalan ini sangat mudah iaitu Kerana Asas Malaysia sebenarnya tidak kukuh dan sangat lemah. Ianya rapuh dan dibina atas operandi penipuan, ancaman dan pengkhianatan.

Kesimpulan Yang Mampu Dilakukan Ialah Kembalikan Apa Yang Tidak Pernah Diserahkan Secara Bebas

Negara Sabah dan Negara Sarawak tidak pernah ‘menyertai malaysia’ secara sah dan bebas. Penyertaan itu berlaku melalui manipulasi, ugutan, ancaman dan pembohongan. Suruhanjaya Cobbold tidak mewakili suara rakyat. ma63 tidak ditandatangani oleh negara yang berdaulat. Rakyat tidak diberi peluang memilih secara bebas melalui referendum.

Kini, masanya telah tiba untuk kita menebus kesilapan sejarah ini. perjanjian malaysia 1963 adalah tidak sah, batal dan mesti ditolak sepenuhnya.

Kita mesti kembalikan hak menentukan masa depan kita sendiri. Kita mesti bergerak secara sah, aman dan demokratik untuk menuntut kembali Kedaulatan Republik Sabah Borneo Utara.

Sejarah tidak akan sesekali memaafkan mereka yang berdiam diri.

Tetapi sejarah akan menyebelahi mereka yang berkata benar.

Kerana kebenaran itu jelas: Kita tidak pernah menjadi sebahagian daripada malaysia yang sah. Masanya telah tiba untuk kita berdiri sendiri sebagai negara yang merdeka.

 

Labels:
This is the most recent post.
Older Post

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.