Jaimin Makajin

1. Bangsa Orang Sabah BOS yang pro sabahan wajib memilih dan mengundi parti² lokal Sabah pada PRN 17 nanti.

2. Bagi Bangsa Sabah yang telah terjerumus dalam perangkap kelicikan Malaya harus memikirkan semasak masaknya akan masa depan, kemana hala tuju wilayah ini seterusnya. Wilayah Malaya sudah mempunyai 166 kerusi parlimen dan 445 kerusi dewan undangan negeri. Wilayah Sabah yang luasnya hampir sama dengan wilayah Malaya hanya mempunyai 25 kerusi parlimen dan 73 kerusi DUN. Hampir 62 tahun Malaya menguasai pentadbiran kerajaan negeri Sabah. Hampir 28 parti lokal wujud dengan 16 Ketua Menteri silih berganti namun visi & misi parti² lokal ini sedap didengar tetapi realitinya tidak memenuhi aspirasi rakyat.

3. Dasar pecah dan perintah menambahkan lagi perluasan empayar parti² dari Malaya. Para pemimpin Sabah yang telah termakan budi dengan mendapat kekayaan yang luar biasa begitu senang mereka di pasang gading tembaga di hidung. Selagi hasil bumi Sabah belum dikikis habis oleh Malaya maka selama itulah Bangsa Orang Sabah akan di perintah patuh kepada kepimpinan pusat di Malaya.

4. Parti² lokal wajib bersatu dalam menghadapi PRN 17 bagi memastikan kedaulatan Sabah dapat dikembalikan semula. Sabah kekurang kurangnya memperolehi 49 kerusi DUN dalam PRN 17 nanti bagi membolehkan wakil² rakyat membahaskan isu untuk Sabah mencapai kemerdekaan penuh daripada Malaya. Semua parti² lokal yang memperolehi/menang dan mendapat lebih 2/3 kerusi DUN akan berada dalam barisan kabinet/membentuk kerajaan. Hindarkan dari membuat gabungan bagi menjatuhkan sesama parti lokal. Mana² parti lokal yang mendapat lebih banyak kerusi DUN akan membentuk kerajaan. Parti² lokal lain yang menang akan dilantik sebagai menteri dan pembantu serta pengerusi² GLC. Kerjasama semua parti lokal yang telah bersatu dan dicadangkan membuat satu kerjasama yang di kenali sebagai BARISAN PERIKATAN SABAH.

5. Parti² dari Malaya yang menang dalam PRN 17 tetapi mendapat kurang daripada 20 kerusi DUN akan menjadi parti pembangkang diperingkat negeri Sabah. Parti daripada Sarawak ada turut bertanding dan memenangi 1 atau 2 kerusi akan dijemput bersama dalam kabinet negeri Sabah dan diberikan jawatan jika perlu.

6. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh maka dengan itu Bangsa3 Orang Sabah harus bersatu demi keharmonian kaum dan kesejahteraan rakyat. Slogan SABAH BARU, SABAH MAJU DALAM 100 HARI ( 1994) meyakinkan Bangsa Orang Sabah bahawa manifesto itu cukup menyakinkan bahawa Sabah benar² akan di majukan tetapi sehingga 2018 masih terdengar rungutan² warga Sabah terutama dalam isu Bekalan air terawat, bekalan elektrik dan jalanraya. Terkini isu jalur lebar internet yang di cop umpama gerakan Siput yang sungguh menyakitkan hati.

7. Beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan NGO mempunyai kesedaran kearah untuk memertabat serta mengembalikan kedaulatan dan perundangan Sabah untuk melangkah ke arah bagi memenuhi aspirasi untuk mencapai kemerdekaan penuh. Dalam perkara ini pemimpin² parti lokal Sabah haruslah mempunyai inisiatif untuk sama² berjuang bagi mencapai impian untuk merdeka.

8. Bait terakhir Lagu kebangsaan Sabah,.... Sabah Tanah Airku berbunyi....Sabah negeri merdeka. Tetapi sebaliknya seolah dijajah semula bermula 16.9.1963

Sumber: Perspekstif Komenter