Penjajahan malaya atas nama malaysia dilakukan keatas Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak ketika keadaan Emergency ataupun Darurat diistiharkan bagi mendiamkan suara-suara yang menentang Operasi Neo Kolonialis British dan malaya keatas Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak.
Hanya 0.13% sahaja rakyat Negara Sabah dan Negara Sarawak yang menyokong malaysia (tanpa memahami apakah sebenarnya malaysia itu).
Naratif ataupun penceritaan sebenar ini tidak akan didiamkan. Rakyat MESTI memahami dan mengetahui kebenaran sejarah yang selama ini disembunyikan.
Fakta mendedahkan tentang bagaimana UK bersekongkol dengan Malaya untuk melanggar undang-undang antarabangsa dengan menafikan Kemerdekaan sebenar Bangsa Negara Borneo Utara & Bangsa Negara Sarawak.
Berikut adalah naratif/penceritaan berlandaskan kepada fakta sejarah.
Pengumuman Rancangan Malaysia:
27 Mei 1961 - Tunku Abdul Rahman mengumumkan Rancangan Malaysia untuk mengambil alih Brunei, Borneo Utara & Sarawak selepas melakukan rundingan sulit dengan kerajaan UK, tanpa terlebih dahulu berunding atau mendapatkan persetujuan rakyat Borneo. Kedua-dua kerajaan ini telah mengisytiharkan bahawa persekutuan yang dicadangkan kononnya adalah untuk kepentingan rakyat. Orang-orang Borneo terkejut dengan sikap mereka yang tidak menghiraukan hak Bangsa Borneo dalam menentukan nasib mereka sendiri, dan Bangsa Borneo mengutuknya dan melihatnya sebagai satu rancangan neo-kolonial. Justeru, bangsa Borneo menuntut kemerdekaan terlebih dahulu seperti mana yang telah dijanjikan oleh kerajaan British sejak ia menggabungkan Sarawak pada tahun 1946.
Pengecualian Parti-Parti Borneo:
31 Julai 1962 - Syarat Malaysia diputuskan oleh UK dan Malaya tanpa melibatkan parti-parti Borneo seperti yang dicadangkan. Tanpa menghiraukan bantahan rakyat, rancangan persekutuan telah digerakkan dengan melakukan "penyiasatan (inquiry) mengenai kehendak rakyat" dan pada 31/07/1962, UK & Malaya telah menandatangani "Perjanjian Menubuhkan Persekutuan Malaysia" secara rahsia dengan klausa kontingensi untuk mengisytiharkan “Malaysia” pada atau sebelum 31 Ogos 1963 sekiranya “perlu”.
Pemberontakan Anti-Malaysia:
08 Dis 1962 - Pemberontakan Anti-Malaysia dilakukan oleh Brunei untuk berjuang Kemerdekaan telah membawa kepada pengisytiharan darurat oleh British dan penangkapan secara menyeluruh telah dilakukan terhadap ribuan orang atas dakwaan “subversif” di Sarawak, Borneo Utara (1962 hingga 1990-an) & Singapura pada Feb 1963.
Perjanjian Malaysia 1963:
09 Julai 1963 - Perjanjian Malaysia 1963 yang ditandatangani oleh UK & Malaya dilakukan dibawah keadaan syarat darurat dengan Singapura, Borneo Utara & Sarawak merupakan tanah jajahan, dan bukan negara berdaulat yang mempunyai kapasiti undang-undang untuk membuat perjanjian antarabangsa. MA63 telah menjadi tidak sah oleh pelanggaran peraturan undang-undang antarabangsa tentang cara pembuatan perjanjian ini dilakukan.
Perjanjian Manila:
31 Julai 1963 - Manila Accord telah ditandatangani oleh Malaya dengan Indonesia dan Filipina telah menjadikan "pembentukan Malaysia" adalah bersyarat yang memerlukan PBB menilai kehendak rakyat Borneo terhadap rancangan yang dicadangkan agar tuntutan Filipina mampu diselesaikan. Perjanjian UK pada penilaian PBB adalah satu pengakuan bahawa proses pembuatan MA63 itu telah dilakukan secara tidak sah. Jikalau ia berlaku kepada British, mereka sudah tentu akan menolak penilaian itu dan menganggapnya sebagai tidak perlu. Tarikh pembentukan pada 31 Ogos terpaksa ditangguhkan sementara menunggu keputusan "penilaian" PBB.
Jaminan dan Misi PBB:
09 Ogos 1963 - Setiausaha Tanah Jajahan British Duncan Sandys memaklumkan pejabatnya di London bahawa Pegawai PBB telah memberi jaminan bahawa hasil penilaian itu akan memihak kepada Rancangan Malaya UK & ini adalah untuk mengelak isu itu daripada diteliti oleh Jawatankuasa dekolonisasi PBB. 16 Ogos – 05 Sept Misi PBB adalah untuk membuat penilaian sepintas lalu (bukan referendum di bawah Prinsip 9 Resolusi PBB 1541) ke atas 2 wilayah ini, telah melanggar protokol dekolonisasi PBB sepertimana yang diakui oleh Setiausaha Agung PBB, Uthant.
Mendahului Penilaian PBB:
28 Ogos 1963 - Kerajaan British & Malaya telah menghasilkan keputusan lebih awal daripada hasil Penilaian PBB dengan meminda “Hari Malaysia” dalam MA63 pada 31 Ogos 1963 kepada 16 Sept 1963 sebelum penilaian itu diselesaikan dan ini telah melanggar Perjanjian. Tindakan ini adalah untuk menganggap bahawa Misi PBB sebagai tidak relevan. Malangnya, PBB tidak menganggap itu sebagai satu tindakan yang menjejaskan penilaian malah mereka tidak membatalkan misi itu tetapi terus menyokong persekutuan malaysia yang diusahakan oleh British dan Malaya, seperti mana yang dijamin oleh PBB kepada Kerajaan British.
Status Sabah dan Sarawak:
31 Ogos 1963 - Setiausaha Tanah Jajahan British Duncan Sandys menyangkal dakwaan bahawa Singapura, Sabah dan Sarawak merdeka pada 31 Ogos 1963, sebaliknya menyatakan secara terbuka bahawa MA63 & Malaysia adalah bukan untuk memberikan kemerdekaan kepada Sabah dan Sarawak tetapi adalah untuk memindahkan mereka kepada Tanah Melayu.
Perlanggaran Perjanjian Manila, keperluan dekolonisasi PBB dan hak asasi manusia:
16 Sept 1963 - Meskipun perlanggaran Perjanjian Manila berlaku, keperluan untuk dekolonisasi dan menghormati hak asasi manusia, UK & Malaya telah "mengisytiharkan" Malaysia dibawah keadaan darurat dan PBB mengesahkan pengambilalihan Sabah & Sarawak oleh penjajah Malaya.
MERDEKA BANGSA NEGARA SABAH!
REPUBLIC OF SABAH NORTH BORNEO!
Post a Comment