Kepada semua Sabahan...

Berikan sokongan padu anda kepada perjuangan Kemerdekaan Negara Sabah ini. Melalui Kemerdekaan ini nanti, barulah kita dapat menumpukan pembangunan secara menyeluruh.

Pihak kami sedar bahawa untuk membangunkan sebuah negara baru selepas merdeka bukanlah satu perkara yang mudah tetapi percayalah bahawa ia tidaklah sesukar seperti yang anda khuatiri.Pembangunan kita dapat dirancakkan dengan memperolehi peruntukan yang sewajarnya.

Peruntukan itu hanya dapat diperoleh apabila Kerajaan yang baru merdeka ini nanti dapat menguasai sumber-sumber alam dan ekonomi yang akan digunakan dengan bertanggungjawab untuk mentransformasikan Negara Republic of Sabah North Borneo untuk maju ke depan jauh daripada taraf pembangunan yang kita kecapi pada hari ini dibawah penjajahan malaya melalui tipu muslihat mereka, yang memerangkap Bangsa kita melalui perjanjian malaysia yang tidak sah dan terbatal.Ideologi perjuangan Kemerdekaan ini perlu dan mesti disebarkan secara meluas kepada semua Sabahan khususnya kepada anak-anak muda generasi kita.

Ini kerana pucuk kepimpinan yang memperjuangkan agenda Kemerdekaan ini perlu menyerahkan perjuangan ini jikalau pada waktu era mereka, objektif ini tidak kesampaian.Meskipun begitu, jalan yang penuh dengan onak duri akan dirintis bagi memudahkan perjalanan perjuangan ini kelak.

Walau bagaimanapun, pucuk kepimpinan RSNB akan berusaha untuk menjayakan agenda ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.Daftarkan diri anda untuk menjadi sebahagian daripada pejuang-pejuang Kebangsaan Negara Sabah.

Cukup sudah apa yang kita lalui ini.

Kita tidak mahu terperangkap dalam lanskap politik perkauman dan keagamaan yang dimainkan oleh ahli-ahli politik malaya demi kelangsungan politik mereka.Kita mampu melangkaui batas kematangan politik yang setara dengan negera-negara maju.

Minda dan pandangan kita perlu dibuka dengan lebih luas agar mampu melihat jauh lebih progresif dalam melakukan perubahan tanah air kita, Negara Sabah.

Budaya pengamalan politik kita perlukan transformasi secara menyeluruh, yang mengamalkan integriti, bertanggungjawab dan bermaruah agar nasib bangsa yang Merdeka nanti terbela, kerana perlembagaan dan perundangan negara Republik akan menjadi teras dan tunjang kepada pembelaan keadilan bangsa kita.

Walau apa jua yang berlaku kini, ia seharusnya tidak dijadikan halangan untuk kita bersama-sama berjuang.

Ayuh semua Bangsa Negara Sabah kearah Negara Merdeka, Republic of Sabah North Borneo / Negara Republik Sabah Borneo Utara!

Sebarkan mesej ini.


Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.