Keadaan akan berlaku yang mana perjuangan untuk memerdekakan Negara Sabah ini akan dilihat sebagai satu ancaman kepada kerajaan persekutuan. Sememangnya ia kini dilihat sedemikian.
Namun, perjuangan ini bukan mengancam sesiapa tetapi adalah untuk membawa kesejahteraan kepada Rakyat Negara Sabah yang selama ini berada pada satu kedudukan yang amat menyedihkan dalam pelbagai aspek seperti sosial, ekonomi dan politik.
Satu hujah yang dalam memberikan anda satu kefahaman tentang mengapa perjanjian ini terbatal dan tidak sah selain aspek kapasiti untuk menandatangani perjanjian malaysia 1963 ialah Kerajaan North Borneo (kini Sabah) dan Kerajaan Sarawak pada waktu itu tidak mempunyai 'Dewan Undangan Negara / DUN) ataupun Parlimen.
Dari tahun 1960 sehingga 1963, ahli-ahli parlimen malaya hampir setiap sesi dewan parlimen mereka berdebat tentang idea dan status perjanjian malaysia namun apakah situasi perbincangan dan penyampaian idea dikalangan pemimpin-pemimpin kita di Borneo?
Mereka mengembara ke seluruh pelusuk Sabah dan Sarawak untuk menyampaikan idea ini.
Mengapa?
Sebab kita tidak memiliki wakil-wakil rakyat yang dipilih melalui pilihan raya pada waktu itu.
Mengapa?
Disebabkan kita berstatuskan Tanah Jajahan British yang tidak memiliki suara demokrasi kerana kuasa dipegang sepenuhnya oleh British dan apa sahaja perancangan British, mereka boleh melakukan tanpa mendapat sebarang persetujuan daripada rakyat jajahan mereka.
Adakah pemimpin-pemimpin kita mengetahui apakah isi-isi perjanjian malaysia (ma63)?
Tidak.
Mengapa?
Kerana pemimpin kita tidak berpeluang untuk berdebat tentang isi-isi perjanjian malaysia kerana tidak memiliki DUN ataupun Parlimen untuk meneliti perjanjian ini.
Mengapa?
Sebab kita tanah jajahan British yang tidak memiliki kapasiti untuk mentadbir Negara kita secara bebas.
Adakah pilihanraya telah dilakukan sebelum perjanjian malaysia itu ditandatangani?
Tidak.
Mengapa?
Kerana kita belum diberikan status Berkerajaan Sendiri oleh British ataupun Self-Government status.
Mengapa?
Disebabkan British belum mahu memberikannya.
Bermaksud?
Waktu tandatangan perjanjian malaysia itu dilakukan, kita belum ada wakil rakyat yang dipilih secara demokrasi. Kita belum diberikan status Berkerajaan Sendiri yang akan membolehkan kita memiliki Badan Perundangan iaitu DUN atau Parlimen. Kita tidak berpeluang untuk berdebat sesama kita secara demokrasi didalam DUN ataupun Parlimen. Kita tidak memberikan 'kebenaran' ataupun 'consent' untuk perjanjian malaysia itu diluluskan. Kita tidak terlibat apapun dalam penyedian perjanjian malaysia.
Jadi, siapakah yang memilih pemimpin-pemimpin kita untuk menandatangani perjanjian malaysia 1963? Siapakah yang menyediakan isi-isi perjanjian malaysia 1963? Siapakah yang terlibat didalam penyediaan dokumen perjanjian malaysia 1963? Siapakah yang membenarkan perjanjian malaysia ini diluluskan?
Jawapannya adalah British dan Malaya.
Mengapa?
Kerana perjanjian malaysia ini sebenarnya adalah memfokuskan kepada urusan kepentingan ekonomi dan politik mereka sahaja.
Jadi, hujah yang disampaikan oleh pihak kami ini bukan satu hasutan tetapi adalah satu kebenaran yang mesti difahami secara terbuka dan bukan mempertahankan sesuatu yang salah.
Jikalau kita tidak berusaha untuk memahami keadaan yang sebenar, bagaimanakah kita mahu bergerak dijalan yang benar? Bagaimanakah kita mampu mencapai hak-hak kita yang sebenar?
Bagaimanakah kuasa kemerdekaan dapat diperolehi apabila kita berusaha menidakkan kebenaran bahawa kuasa kedaulatan dan kuasa perundangan kita diserahkan kepada malaya oleh British dan proses penyerahan itu dilakukan pada 9 Julai 1963, dan upacara perasmian untuk memetraikan perjanjian itu dilakukan pada 16 September 1963.
Ini bermaksud, adakah kita membentuk negara baru?
Tidak.
Mengapa?
Kerana di UN tidak merekodkan sebarang permohonan keahlian pembentukan negara baru. Apa yang mereka terima hanyalah makluman daripada wakil malaya yang memberitahu UN bahawa mereka telah menukar nama malaya kepada malaysia dengan 'kemasukan' North Borneo, Sarawak dan Singapura ke dalam malaya.
Kebenarannya ialah kita bukan masuk tetapi dijajah kerana malaya memegang kuasa Kedaulatan dan kuasa Perundangan Negara kita.
Adakah penjelasan ini jelas?
Ya?
Bantu sebarkan untuk kesedaran bersama.
Republic of Sabah North Borneo - RSNB
Post a Comment