Sewaktu saya berada didalam Warisan dahulu, saya ada menyarankan bahawa MA63 tidak sempurna dan tidak sah seperti juga yang diperkatakan oleh seorang peguam Sarawak, Tuan Voon Lee Shan.
Malangnya, saranan saya tidak didengari oleh pucuk kepimpinan.
Memang benar North Borneo tidak ada kapasiti atau keupayaan untuk menandatangani MA63 waktu itu kerana belum mencapai status sebagai negara yang merdeka.
Sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen hanya mencapai kemerdekaan sepenuhnya, antara lain, jika ianya mempunyai, seperti tema tadi, Parlimen atau Dewan Undangan Negeri sendiri.
Tetapi North Borneo hanya mempunyai Parlimen/DUN pada 25.09.1963. Dalam sesebuah negara demokrasi berparlimen juga, badan yang mengubal undang-undang ialah Parlimen/DUN. Ia juga badan yang membuat keputusan perlembagaan bagi pihak negara itu.
Tetapi MA63 terdahulunya ditandatangani pada 09.07.1963 dan selepas itu Malaysia Act (Akta Malaysia) 1963 yang mana menentukan kemasukan North Borneo ke dalam Persekutuan Tanah Melayu bukan digubal atau dikeluarkan oleh Parlimen/DUN North Borneo tetapi Parlimen Britain pada 31.07.1963 sebab North Borneo masih belum mempunyai DUN bagi menentukan masa depan sendiri, justeru, masih dijajah oleh Britain.
Benar, sebelum North Borneo memasuki Persekutuan Tanah Melayu, ia pernah memerintah sendiri buat seketika, tetapi status pemerintahannya hanyalah "autonomy" atau "pemerintahan sendiri" sahaja BUKAN "independence" atau "Merdeka".
Sekian, terima kasih.
Jack Situn
Peguam
Post a Comment