Deklarasi Kemerdekaan yang dilaungkan oleh Donald Stephen pada 31 Ogos 1963 tidak mempunyai kuasa kemerdekaan kerana ia tidak diiktiraf oleh Kerajaan British. 

Mengapa?

Kerana Parlimen British tidak memberikan kemerdekaan tetapi hanya status Berkerajaan Sendiri Penuh sahaja.

Situasi ini berlaku kepada Negara Singapore yang mana pada tarikh tersebut, Perdana Menteri Singapore mengistiharkan Kemerdekaan penuh dengan mengatakan semua kuasa persekutuan (termasuk pertahanan dan hal ehwal luar) telah dipindakan kepada Ketua Negara Singapura.

Tindakan ini mendapat respon pantas daripada British yang mana ia dibalas seperti berikut.

    a) Bahawa pemberian kemerdekaan kepada wilayah di bawah kedaulatan British memerlukan tindakan Parlimen Westminster.

    b) Bahawa Akta British Malaysia (yang berkuat kuasa pada 16 September) memperuntukkan pemindahan kedaulatan British ke atas Singapura, Sabah dan Sarawak kepada Persekutuan Malaysia yang baharu tetapi tidak memperuntukkan kemerdekaan berasingan bagi wilayah-wilayah ini.

    c) Bahawa pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Singapura bahawa kuasa Persekutuan masa depan (termasuk hal ehwal luar dan pertahanan) telah dipindahkan dari Britain kepada Kerajaan Singapura tidak mempunyai kesahihan undang-undang.

    d) Bahawa Kerajaan British menganggap kenyataan Lee Kuan Yew sebagai ekspresi simbolik keghairahan spontan terhadap perpaduan Malaysia yang bertujuan untuk penggunaan dalaman sahaja.

    e) Bahawa pembahagian tanggungjawab antara Kerajaan British dan Kerajaan Singapura sehingga malaysia, sudah tentu tidak akan terjejas.

Dalam erti kata lain, tidak ada perubahan perundangan.

Adakah kini anda faham bahawa kita belum merdeka?

Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.