Parlimen Scotland meluluskan Act of Union 1707 untuk bergabung atau memasuki UK. Tapi Parlimen Britain yang meluluskan Malaysia Act 1963 supaya North Borneo bergabung dengan Malaysia pada 16.09.1963 kerana North Borneo belum mempunyai Parlimen atau Dewan Undangan Negeri pada waktu itu. Ia hanya mempunyai Parlimen atau DUN sendiri pada 25.09.1963.
Konon referendum Cobbold Commission yang menentukannya. Ketahuilah bahawa walaupun keputusan referendum 100% memihak cadangan untuk memasuki Malaysia, ia WAJIB dibentangkan di Parlimen/DUN negara itu sendiri sebelum menjadi Akta.
Oleh sebab North Borneo belum mempunyai Parlimen / DUN sendiri, keputusan referendum tersebut terpaksa dibentangkan di Parlimen Britain hingga termeterainya Malaysia Act 1963.
Jadi sudah jelas bahawa Parliamen Britain yang membuat keputusan supaya North Borneo memasuki Malaysia, bukan North Borneo atau Parlimen/DUN North Borneo yang membuat keputusan tersebut."
Source: Jack Situn II
Post a Comment