Mesej ini adalah kepada anda semua...
Kesedaran tentang keperluan untuk kita memerdekakan Negara Sabah untuk menjadi Negara Republik tidak akan dapat dicapai jikalau kita tidak memainkan peranan dalam usaha menyebarkan kesedaran dikalangan rakan-rakan kenalan di Facebook akaun masing-masing.
Ini kerana informasi yang wujud di Page Facebook ini tidak dapat sampai kepada mereka kerana tiada usaha ataupun medium untuk menyampaikan informasi ini kepada mereka.
Pihak kami telah memberikan komitmen dan usaha untuk mengekstrak atau mendapatkan informasi daripada kajian, penyelidikan sejarah serta merancang untuk memberikan kesedaran agar perubahan dan momentum kebangkitan Nasionalisme dapat dicapai dengan mengkongsikan kesemuanya diruangan media sosial seperti melalui Page Facebook rasmi RSNB, Mosses PA Ampang, SSRANZ, SSU dan seangkatan dengannya.
Tetapi jikalau anda memilih untuk tidak memainkan peranan walau sekecil 'mengkongsikan informasi' ini kepada keluarga, rakan-rakan dan kenalan anda sama ada melalui whatsapp, facebook atau mana-mana yang bersesuaian, maka objektif meningkatkan kesedaran itu tidak dapat dicapai.
Kita tidak mempunyai masa yang lama kerana setiap seorang daripada kita memiliki jangka hayat yang tertentu. Secara puratanya, kita memiliki masa sekitar 70-80 tahun untuk melakukan yang terbaik didalam ruang hidup ini. Gunakanlah untuk membawa perubahan yang akan memberikan kesejahteraan hidup generasi kita dimasa hadapan.
Kita tidak mampu memiliki informasi ini dahulu kerana ia disekat dan merupakan 'rahsia'. Tetapi kini, kita mampu mendapatkan informasi ini meskipun berstatuskan rahsia kerana ia adalah hak kita untuk mengetahui kebenaran dan bertindak selari dengan keperluannya.
Bantulah untuk menyebarkan kebenaran agar kesedaran dapat ditingkatkan agar kita mampu membawa perubahan yang diinginkan.
Bersama-samalah kita bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anak, cucu-cicit dan keturunan generasi kita.
Marilah kita bersama-sama berkorban tenaga, usaha, masa untuk tujuan yang murni dan mulia ini agar kesejahteraan dapat dikecapi bersama.
Saya berjanji untuk memberikan kualiti informasi yang bermutu, benar dan berfakta agar tidak menjejaskan usaha dan kerjasama yang diberikan oleh anda.
Perubahan ini wajib dilakukan.
Join the Fight!
Mosses PA Ampang
Post a Comment