Setiap seorang daripada kita mempunyai jalan kehidupan masing-masing yang penuh dengan kepelbagaian cabaran yang perlu dan mesti dilalui dengan hati yang tenang, tabah dan matang.
Pandemik Covid-19 telah membuatkan hampir kesemua aktiviti-aktiviti yang memfokuskan kepada kempen kesedaran terhenti seketika termasuk RSNB kerana ianya tidak sesuai dilakukan atas sebab keutamaan pada waktu tersebut adalah untuk memastikan keluarga kita mempunyai makanan untuk dimakan setiap hari.
Kini, ia telah berlalu dan aktiviti kempen kesedaran perlu dirancakkan semula dan mesti bergiat aktif untuk memastikan objektik dapat dicapai mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
Apakah objektifnya, ia adalah seperti berikut;
- Memberi pengetahuan kepada semua Sabahan mengenai fakta sebenar ketidaksahan status perjanjian malaysia yang telah disesatkan oleh ahli-ahli politik Sabahan dan Malaya.
- Untuk menyebarkan kesedaran tentang keperluan dan kewajiban moral untuk menyokong Kemerdekaan Sabah untuk menjadi Republik Borneo Utara Sabah dalam tempoh masa 10 tahun (2030).
- Menjadi Kumpulan Pendesak kepada ahli-ahli politik Sabahan dan parti-parti politik tempatan Sabah untuk memimpin dan memperjuangkan Kemerdekaan Sabah.
Objektif ini adalah selari untuk menyokong misi RSNB iaitu;
Untuk mempercepatkan kesedaran tentang keperluan untuk menyokong Kemerdekaan Negara Sabah untuk menjadi Negara Republic yang akan dikenali sebagai Negara Republik Sabah Borneo Utara.
Ini kerana Visi RSNB adalah kerana;
Kami Percaya bahawa Sabahan sememangnya telah bersedia untuk menjadi Bangsa dan Negara yang Merdeka, berkemampuan untuk mengurus sumber semula jadinya dengan bertanggungjawab, mempertahankan negaranya dan mentadbir Kerajaannya dengan Keadilan, Perpaduan dan Integriti di Asia Tenggara dan Dunia.
Siapakah yang akan mendapat manfaat daripada perjuangan ini setelah ia berjaya?
Anda dan generasi keturunan anda serta kita semua.
Cukup sudah memiliki mentaliti yang takut untuk memperjuangkan kebenaran kerana ia akan memerangkap diri dan masa depan kita. Kita mesti berani menamatkan sesuatu perbuatan dan tindakan yang tidak betul, yang menjejaskan kehidupan kita.
Justeru, pemilikan kuasa politik sepenuhnya ditangan kepimpinan tempatan adalah WAJIB dan TINDAKAN untuk MEMPERJUANGKAN HAK BANGSA NEGARA SABAH MESTI DILAKUKAN TANPA GENTAR TERHADAP SEBARANG UGUTAN DAN ANCAMAN.
Jikalau wujud perkara seperti itu, maka kita semua mesti BANGKIT untuk MEMPERTAHANKAN dan MELINDUNGI pemimpin-pemimpin yang mewakili suara sebenar kita, dan bersatu untuk melakukan sesuatu yang mampu menundukkan 'mereka' yang mengenakan tekanan politik atau ancaman atau ugutan keatas kita.
Keberanian untuk kita bersatu dan berjuang kearah ini menunjukkan kita adalah bangsa yang BERJIWA MERDEKA yang tidak mahu dijajah lagi, dan WAJAR mencapai KEMERDEKAAN SEPENUHNYA!
Bangkitlah wahai semua Sabahan demi kepentingan kita bersama-sama...
"Bukan Untuk Diri Tapi Untuk Negara Sabah"
Sebarkan mesej ini...
Join The Fight!
Post a Comment