Hari ini merupakan Hari yang Bersejarah tetapi penuh dengan kesedihan yang mana kita telah melihat tentang bagaimana Kepimpinan awal Negara Sabah (North Borneo), Negara Sarawak dan Negara Singapore (telah Merdeka pada tahun 1965) diyakinkan untuk 'berlakon' dipentas antarabangsa untuk menyakinkan kepada Dunia kononnya suatu 'Perjanjian Antarabangsa' telah dimetraikan, dan akan wujudnya sebuah 'Negara Baru' yang akan dikenali sebagai 'Malaysia ataupun Persekutuan Malaysia'.

Namun apa yang rakyat Negara Sabah dan Negara Sarawak tidak tahu bahawa pada tarikh inilah merupakan satu dokumen penyerahan 'Kuasa Kedaulatan dan Kuasa Perundangan' daripada British kepada Malaya.

Borneo dianggap sebagai sebuah 'Hadiah' yang diberikan oleh British kepada 'Malaya'.

Masa Depan Bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak dipindah milik kepada Malaya ketika kita masih lagi berstatuskan Tanah Jajahan British (British Crown Colony).

Apakah anda semua berfikir dan yakin bahawa Perjanjian Malaysia itu adalah 'Sah'?

TIDAK!

Jawapan ini dinyatakan sendiri oleh British dan ia bukanlah satu spekulasi, penipuan ataupun penyesatan. Sebaliknya ia adalah FAKTA, BENAR dan ASLI.

Suatu Perjanjian Antarabangsa HANYALAH SAH dilakukan diantara Negara-Negara yang Merdeka SAHAJA.

Dalam erti kata lain, Dokumen ini SAH digunapakai untuk British dan Malaya namun TIDAK kepada Negara Sabah dan Negara Sarawak.

16 September pula merupakan tarikh rasmi proses penyerahan Kuasa Kedaulatan dan Kuasa Perundangan disimpulkan dalam satu majlis besar-besaran di Negara Sabah dan Negara Sarawak yang dilakukan secara rasmi yang telah menjadi 'Asas' rujukan Generasi Negara Sabah dan Negara Sarawak sehingga pada hari ini.

Justeru, tarikh ini wajar dijadikan renungan dan iktibar untuk mengembalikan semangat Nasionalisme Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak dalam proses untuk mendapatkan Kemerdekaan yang sebenar.

Tindakan untuk memerdekakan Negara Sabah sememangnya kelihatan mustahil bagi mereka yang tidak memiliki kepercayaan terhadap kemampuan bangsa Negara Sabah tetapi ia tidak benar kepada RSNB.

RSNB percaya terhadap kemampuan Bangsa sendiri dalam mengurus tadbir Rakyat, Kerajaan dan Negaranya sendiri setelah melalui proses penderitaan, kesengsaraan, penganiayaan daripada proses penjajahan yang telah dilakukan oleh Malaya sejak tahun 1963.

Ia bukan suatu hasutan ataupun salahfaham yang dilakukan secara berniat jahat tetapi ungkapan kenyataan ini berlandaskan kepada kebenaran, fakta dan disokong oleh dokumen-dokumen kolonial/penjajah British yang telah dideklasifikasikan/didedahkan secara umum setelah tempoh simpanan rahsia mencukupi syarat tahun simpanan rahsia di Arkib London, UK.

Apakah usaha untuk mendidik Bangsa Negara Sabah ini akan mengakibatkan aktivis-aktivis yang bersemangat Nasionalisme ini akan ditangkap, dianiaya dan dipenjara? Jikalau itu adalah jalan yang terpaksa dilalui, maka ia akan dilalui dengan hati dan semangat kental, tenang dan berani.

Sertailah Perjuangan Memerdekakan Negara Sabah yang akan dilakukan melalui saluran Demokrasi dan Perundangan tanpa mencetuskan sebarang huru-hara. 

Kita mampu melakukannya dan kita mesti melakukannya.

Republic of Sabah North Borneo - RSNB

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.