Jikalau kita membiarkan informasi yang berusaha menghalang Kemerdekaan untuk Negara Sabah dicapai atas sebab-sebab yang tidak lagi relevan, maka selama-lamanya lah kita akan sentiasa menjadi mangsa ketakutan yang gagal untuk melihat kehidupan sebenar yang menjanjikan hidup yang jauh lebih baik daripada sekarang.
Mentaliti dan pandangan tentang perjanjian malaysia yang selama ini didendangkan bahawa ia adalah 'sah' perlu dinoktahkan, ditamatkan, dihentikan serta-merta.
Ini kerana ia menghalang untuk kita berjalan dijalan yang sebenar. Kita akan terikat kepada kepalsuan fakta yang tidak berasas dan selamanya kepimpinan malaya ketawa terbahak-bahak dalam diam apabila melihat, merenung dan berbicara tentang sungguh mudah Sabahan (dan Sarawakian) diperbodohkan, diperalatkan, ditakutkan, digertak, dipermainkan, dirasuahkan, dan anda boleh senaraikan semuanya.
Mesej ini bukan untuk menghasut anda untuk membenci orang-orang malaya tetapi adalah untuk menyedarkan, memberikan penerangan melalui cahaya minda tentang kuasa penjajahan yang dipaksakan keatas bangsa kita, Bangsa Negara Sabah.
Kita tidak merdeka melalui malaysia tetapi kita diberikan status 'Berkerajaan Sendiri / Self-Government' oleh British lalu Kuasa Kedaulatan dan Kuasa Perundangan dipindahkan dari British kepada Malaya secara rasmi pada 16 September 1963 melalui Perjanjian yang tidak sah, yang ditandatangani pada 9 Julai1963 ketika Sabah (North Borneo), Sarawak dan Singapore masih lagi berstatuskan Tanah Jajahan British yang tidak memiliki 'legal capacity ataupun kedudukan sah' untuk menandatangani perjanjian antarabangsa.
Apa yang kita rayakan pada 31 Ogos adalah bermulanya kita 'Berkerajaan Sendiri / Self-Government' yang merupakan satu langkah terakhir sebelum benar-benar mencapai status Negara Merdeka.
Jikalau kita terus berdiam dan membiarkan perkara ini berlanjutan meskipun kita telah sedar akan kebenaran ini, maka anda secara tidak langsung memaksakan generasi masa depan untuk melalui keadaan ini yang dijangkakan akan lebih 'jahanam'.
Generasi Masa Depan itu adalah Anak-anak, Cucu-cicit serta Keturunan anda semua!
Oh sungguh tidak bertanggungjawab betul generasi pada waktu ini!
Jikalau memang benar generasi pada masa ini tidak bertanggungjawab, maka wajar sungguh untuk terus mengalami penderitaan, kesengsaraan, penghinaan, kemunduran, kemiskinan dan sebagainya.
Ini kerana ia merupakan hadiah yang ikhlas yang diberikan oleh dunia kepada generasi yang tidak bertanggungjawab.
Malangnya hadiah ini juga akan turut diterima oleh generasi masa depan.
Oh sungguh tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata.
Sedarlah, bangkitlah dan sertailah perjuangan untuk memerdekakan negara kita melalui perpaduan dengan bersatu suara, tenaga, minda, kepakaran dalam menggerakkan rakyat untuk berjalan dalam satu barisan Kemerdekaan ini.
Bangkitlah wahai Bangsa Negara Sabah! Masanya telah TIBA!
Post a Comment