Mengapa cadangan nama untuk Negara Merdeka adalah 'Republic of Sabah North Borneo'?
Nama 'Sabah' digunakan secara rasmi pada 16 September 1963 sehingga sekarang. Sepanjang bersama-sama dengan 'malaya', kita telah mengalami penindasan dalam aspek sosial, ekonomi dan politik. Nama ini sungguh bersejarah untuk dilupakan kerana ia sudah terpalit, sebati dengan segala pahit, duka dan lara.
Nama 'Borneo' telah digunakan sejak abad ke-15 dan penggunaan nama 'North Borneo' digunakan secara rasmi sewaktu dibawah pentadbiran British North Borneo Chartered Company pada abad ke-18.
Penggunaan cadangan nama untuk Negara Republik yang bakal muncul dalam tempoh 10 tahun ini iaitu 'Republic of Sabah North Borneo' adalah untuk mengingatkan Bangsa kita, Bangsa Negara Sabah tentang sejarah perkembangan peradaban dan ketamadunan bangsa kita.
Generasi yang mengabaikan masa lalu / sejarah tidak akan mempunyai masa depan kerana masa depan hanya dimiliki oleh generasi yang belajar daripada sejarah mereka untuk menjadi lebih baik.
Dengan memiliki nama Republik Sabah Borneo Utara / Republic of Sabah North Borneo, kita mampu menjadi Bangsa yang lebih baik hasil daripada proses perkembangan sejarah yang kita lalui selama ini. Ia mengingatkan identiti diri kita melalui nama Negara kita, yang kita akan bentuk dalam tempoh 10 tahun daripada sekarang.
Kini anda sudah faham?
Sebarkan mesej ini.
Republic of Sabah North Borneo - RSNB
Post a Comment