Sistem Pendidikan Republik Sabah Borneo Utara akan memiliki satu jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan yang terbahagi kepada 3 peringkat iaitu sekolah Kebangsaan Rendah, Menengah dan Tinggi.

Tidak akan diwujudkan sekolah yang berasaskan perkauman kerana semua bahasa akan diajar di semua peringkat sekolah kebangsaan sebagai subjek pilihan yang memberikan kelebihan kepada semua pelajar yang ingin mempelajari bahasa ibunda ataupun bahasa tambahan.

Bahasa English dan Bahasa Sabah adalah subjek yang wajib diambil untuk semua murid kerana ia adalah bahasa kebangsaan dan rasmi Negara Republik.

Bahasa Sabah adalah Bahasa yang telah menjadi pertuturan harian Sabahan dengan dialek tersendiri. Ia adalah hasil daripada asimilasi Bahasa melayu, Indonesia dan Sabahan itu sendiri yang melahirkan Bahasa Sabah yang unik.

Sistem meritokrasi akan menjadi teras didalam sistem pendidikan Republik kerana kita perlu melahirkan golongan ilmuan yang akan membantu membangunkan Negara Republik.

Kolej Vokasional yang memfokuskan kepada kemahiran teknikal akan diberikan perhatian utama bagi melahirkan lebih banyak golongan yang berkemahiran tinggi. Ini kerana mereka yang memiliki sijil kemahiran ini sahaja yang layak melakukan pekerjaan teknikal. Ini adalah untuk mewujudkan standard umum yang selari dengan standard antarabangsa.

Institut Bahasa dan Kesasteraan Republik Sabah Borneo Utara akan diberikan tanggungjawab untuk mengemaskini Bahasa Sabah agar dapat disejajarkan penggunaan Bahasa Kebangsaan di semua peringkat Pendidikan Negara Republik Sabah Borneo Utara.

Informasi ini akan dikemaskini dari masa ke semasa bagi menambah input tambahan bagi rujukan bersama.

Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.