KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN SEPANGGAR

23 November 2021

1. Hari ini saya telah dipanggil oleh PDRM Bukit Aman dan telah disoal siasat hampir 1 jam di Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran, Parlimen.

2. Saya dimaklumkan oleh pegawai penyiasat bahawa saya dipanggil untuk disoal siasat kerana ucapan saya semasa perbahasan belanjawan pada 9 November 2021 yang lepas menyentuh tentang perjanjian Malaysia 1963 serta layanan dan ketidak-adilan pembahagian peruntukan terhadap negeri Sabah. 

(https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=454887776002066&id=100044425419750)

3. Sejak bilakah memperjuangkan hak-hak yang terkandung didalam perjanjian Malaysia 1963 dan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan terhadap negeri Sabah telah menjadi satu kesalahan jenayah apabila kami sebagai rakyat negeri Sabah bersuara mengenainya.

4. Menjadi persoalan juga, kenapa hanya saya seorang Ahli Parlimen pembangkang yang dipanggil untuk disiasat sedangkan terdapat ahli-ahli Parlimen kerajaan lain dari negeri Sabah yang telah bersuara dan berbahas perkara yang sama semasa perbahasan belanjawan minggu lepas. 

5. Saya amat kesal dengan tindakan yang telah diambil kerana ini jelas melanggar hak kebebasan bersuara dan imuniti saya selaku Ahli Parlimen seperti yang termaktub didalam perlembagaan Malaysia untuk bersuara apalagi saya disiasat kerana ucapan perbahasan saya itu di dalam Dewan Rakyat. 

6. Tindakan Polis menyiasat Ahli Parlimen seperti ini jelas boleh mencemarkan institusi Parlimen dan seolah-olah menghalang ahli-ahli parlimen bersuara. Kami dipilih oleh rakyat untuk membawa isu dan suara mereka di Parlimen. Jika ucapan dan berbahas di Parlimen juga pihak Polis siasat. Dimana lagi Ahli Parlimen boleh bersuara tentang hak dan kepentingan rakyat?

6. Saya akan terus bersuara dan menuntut hak-hak negeri Sabah kerana saya percaya ianya tidak melanggar sebarang undang-undang negara ini.

Sekian, terima kasih.

Sumber: Dato' Mohd Azis Bin Jamman
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.