Parti-parti Tempatan Negara Sabah yang manakah akan bersepakat dan berjuang untuk Kemerdekaan Negara Sabah, yang seterusnya membentuk Negara Republik Sabah Borneo Utara? Dan parti-parti tempatan Negara Sabah yang manakah akan bertindak sebagai 'Pengkhianat dan Barua malaya' untuk menghalang usaha Kemerdekaan Negara Sabah membentuk Negara Republik?

Perjuangan NGO RSNB adalah melangkaui kefahaman ideologi politik. Ini kerana pembentukan Negara Republik akan dibentuk oleh parti-perti tempatan Negara Sabah, yang akan membawa polisi pentadbiran yang berbeza sesuai dengan aspirasi parti-parti itu untuk membawa kesejahteraan dan pembangunan untuk Bangsa Negara Republik Sabah Borneo Utara kelak.

Kita semua secara amnya telah mempelajari proses kemerdekaan malaya yang telah menyaksikan tiga parti-parti utama bersepakat untuk memimpin Bangsa Malaya kearah Kemerdekaan daripada British. 

Hasilnya, pada 31 Ogos 1957 menjadi tarikh keramat kepada Persekutuan Tanah Melayu ataupun Federation of Malaya kerana pada tarikh tersebutlah Malaya telah mencapai Kemerdekaannya.

Demikian juga yang perlu berlaku dan dilalui oleh parti-parti tempatan Negara Sabah. 

Kita setiap saat, minit, jam, hari, bulan dan tahun dilalaikan dengan perkara-perkara remeh-temeh seperti isu-isu agama, perkauman, skandal politik sehingga kita lupa untuk memperjuangkan Kemerdekaan Bangsa.

Kini, semuanya telah hampir kepada penamatnya kerana NGO RSNB akan menjadi 'Pemercik Api Kemerdekaan' yang akan memberikan kesedaran dan memimpin Bangsa Negara Sabah untuk kembali kepada perjuangan sebenar.

Kesedaran yang diberikan oleh RSNB kepada Bangsa Negara Sabah akan diterjemahkan didalam bentuk 'tekanan politik' kepada  parti-parti politik tempatan yang dianggotai oleh mereka. 

Pemimpin-pemimpin parti yang menolak idea untuk memperjuangkan Kemerdekaan Negara Sabah akan dijatuhkan melalui AGM Parti dan pemimpin-pemimpin yang berani dan menyahut seruan Kemerdekaan akan diangkat untuk memimpin parti dan suara Bangsa Negara Sabah.

Melalui saluran yang sah dan berdemokrasi ini, adakah malaya mampu mematahkan usaha ini?

TIDAK!

Mematahkan usaha ini hanya akan dapat ditafsirkan bahawa penjajahan itu memang benar-benar berlaku. Selain itu, jikalau malaya cuba mengecam dan mengugut dengan segala usaha, ia hanya akan memberikan gambaran penuh bahawa malaya cuba menidakkan suara tuntutan demokrasi yang sah yang dipilih oleh rakyat yang majoritinya disokong oleh Generasi Muda Negara Sabah.

Saluran dan strategi yang digunakan oleh RSNB adalah strategi yang sama digunakan oleh malaya dahulu ketika berjuang untuk membebaskan tanah air mereka daripada cengkaman penjajahan British.

Jikalau malaya berkeras untuk menghalang usaha ini, maka jelas kelihatan bahawa malaya WAJAR dijajah semula oleh British!

Sebarkan mesej ini.

Republic of Sabah North Borneo - RSNB

Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.