Kepada semua ahli-ahli politik Negara Sabah yang terdiri daripada pelbagai ideologi politik daripada parti-parti tempatan mahupun parti-parti malaya, ambilah peluang ini untuk memberikan tekanan politik kepada kerajaan persekutuan untuk memberikan yang terbaik untuk Negara Sabah.

Ini kerana perjuangan RSNB ini mempunyai asas yang kukuh dan sah untuk disokong dan diperjuangkan oleh Bangsa kita, Bangsa Negara Sabah yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang hidup dengan harmoni selari dengan kebudayaan yang telah menjadi pegangan kita sejak turun-temurun.

Tidak ada sebab untuk anda menentang perjuangan RSNB yang ingin mendaulatkan dan mengagungkan Maruah dan Darjat Bangsa Negara Sabah yang selama ini terhina oleh penjajahan malaya atas nama malaysia melalui perjanjian malaysia yang tidak sah dan terbatal.

Segala dokumen kolonial sudah membuktikan secara hitam putih tentang perancangan licik mereka yang menghalalkan segala penipuan dan muslihat untuk mencapai objektif mereka untuk menjajah kita melalui bentuk penjajahan zaman moden tetapi menghancurkan masa depan Bangsa kita yang inginkan kehidupan yang lebih baik untuk generasi kita.

Penentangan anda secara terbuka ataupun tertutup terhadap RSNB hanya akan membuatkan anda dan organisasi parti anda dilihat sebagai pro malaya, pro penjajahan dan kumpulan pengkhianat ataupun yang lebih tepat lagi adalah barua malaya.  

Pihak RSNB tidak menghalang anda untuk bekerjasama dengan malaya untuk melakukan yang terbaik untuk Negara kita kerana diakhir nanti, apabila segala usaha yang dilakukan tidak setimpal dengan apa yang telah mereka lakukan terhadap kita untuk lebih daripada 50 tahun, maka parti anda akan menjadi perwakilan untuk menoktahkan hubungan ini secara baik, mengikut saluran perundangan dan menjadi parti yang akan mendeklarasikan laungan Kemerdekaan di Padang Merdeka Kota Kinabalu nanti.

Kita tidak inginkan sebarang huru-hara mahupun keganasan yang tidak memberikan manfaat kepada kita semua. Tidak ada maknanya untuk mencapai kemerdekaan jikalau rakyat tidak bersedia untuk menerimanya. 

Kesedian untuk menerima kemerdekaan itu akan anda ketahui dalam tempoh 10 tahun daripada sekarang. Oleh itu, berikan ruang kepada RSNB untuk menyebarkan kesedaran secara aman demi kepentingan kita bersama.

Anda tidak boleh memberikan sokongan secara terbuka kepada perjuangan RSNB tidak mengapa tetapi jangan menghalang ahli-ahli anda untuk menyokongnya sama ada secara terbuka mahupun tertutup. 

Ini kerana ahli-ahli anda mungkin secara majoritinya memihak kepada perjuangan RSNB yang secara langsung akan memberikan anda mandat penuh untuk menyahut seruan ini, seruan Kemerdekaan.

Pihak kami harap bahawa mesej ini jelas sampai kepada pucuk kepimpinan organisasi parti anda untuk diberikan pertimbangan yang berat dan serius. 

Anda perlu sedar bahawa lanskap politik Negara kita sudah berubah sepenuhnya. Anda gagal untuk mengadaptasi keperluan perubahan ini, maka parti anda akan dikuburkan secara baik oleh generasi-generasi muda Negara Sabah.

Jikalau wujud sebarang pertanyaan ataupun persoalan daripada pihak anda, jangan segan-silu untuk menghubungi pihak kami melalui inbox page ini ataupun email ini hubungi@rsnborneo.com.

Terima kasih.


Republic of Sabah North Borneo - RSNB

Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.