Ini adalah persoalan yang kerap dikemukakan oleh Sabahan
Ini jawapannya:
Perjuangan Kemerdekaan memerlukan kombinasi yang strategik untuk memastikan keberkesanan itu mencapai tahap yang efektif.
Berjuang didalam negara sangat kritikal dan ia merupakan tunjang kepada pergerakan diluar negara. Walau bagaimanapun, wujud kelemahan yang serius apabila perjuangan itu hanya berlandaskan kepada gerakan dalaman sahaja.
Ini kerana gerakan didalam negara senang disekat dan ditutup daripada liputan media antarabangsa. Ini sekaligus akan mematikan pergerakan yang membawa pembebasan daripada kesengsaraan penindasan sosial, ekonomi dan politik yang dilakukan oleh sang penjajah.
Gerakan diluar negara merupakan nadi untuk memastikan kelangsungan perjuangan didalam negara tidak akan terhenti.
Ini kerana gerakan diluar negara ini akan menjadi agen pemangkin dan perhubungan untuk membawa masyarakat antarabangsa untuk mengecam tindakan kerajaan sang penjajah.
Melalui perhubungan diplomasi yang diwujudkan dengan masyarakat antarabangsa, keberangkalian tekanan politik dikenakan keatas kerajaan penjajah ini akan mampu melemahkan pengaruh mereka diperingkat antarabangsa yang seterusnya membantu untuk menguatkan gerakan didalam negara.
Suntikan semangat dan bantuan teknikal dalam aspek mengurus tadbir organisasi, menyebarkan kebenaran, menyemarakkan kebangkitan rakyat dan bermacam-macam lagi adalah antara peranan penting yang dimainkan oleh gerakan diluar negara.
Kedua-dua gerakan didalam dan diluar negara ini adalah sangat penting dan saling bergantungan diantara satu sama lain.
Sekarang, adakah anda faham secara ringkas tentang mengapa gerakan diluar negara itu sangat penting, kritikal dan mustahak?
Sebarkan info ini.
Post a Comment