Usaha untuk menyelamatkan 'persekutuan malaysia' telah diusahakan sejak 'terbentuknya malaysia' namun selama usaha itu dilakukan, malaya tidak pernah berusaha untuk memainkan peranannya untuk menyelamatkan 'persekutuan malaysia' yang 'dianggotai' oleh Negara Sabah, Negara Sarawak dan Negara Singapura.
Ini telah mengakibatkan berlakunya Perpisahan Singapore daripada 'persekutuan malaysia'.
Disangka keadaan itu akan membuatkan malaya menghargai Negara Sabah dan Negara Sarawak sebaliknya penindasan, penganiayaan yang lebih serius telah dilakukan oleh mereka.
Penyerahan hak pemilikan sumber minyak dan gas dilakukan kerana wujud tekanan dan ancaman politik.
Dasar kabotaj diwujudkan bagi kepentingan perkapalan malaya yang mengakibatkan wujud perbezaan kemajuan dan perkembangan ekonomi diantara malaya dan Borneo.
Campur tangan politik yang tidak berkesudahan malah ingin merampas kuasa politik Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak melalui pelebaran jentera politik mereka ke Borneo.
Sehingga sekarang, usaha untuk mengukuhkan ketuanan melayu malaya masih giat dilakukan keatas Borneo.
Segala-gala yang dilakukan oleh malaya sebenarnya adalah bermotifkan politik untuk melembabkan segala perkembangan sosial, ekonomi dan politik agar wujud kebergantungan terhadap malaya dalam semua hal.
Jawatankuasa demi jawatankuasa untuk 'mengkaji perjanjian malaysia' dilakukan namun ia sentiasa menemui kegagalan kerana malaya ingin memberikan keutamaan kepada aspek yang mempunyai kepentingan mereka.
Melalui sindrom kebergantungan, manipulasi politik akan mudah dijayakan.
Perjuangan pemimpin-pemimpin Negara Sabah yang ingin menyelamatkan malaysia nampaknya menemui kegagalan kerana pihak malaya sendiri yang enggan untuk menyelamatkannya.
Jikalau pihak mereka sendiri yang tidak ingin menyelematkannya, mengapa kita pula yang terhegeh-hegeh ingin menyelamatkannya.
Penemuan hasil daripada kajian tentang perjanjian malaysia telah membuka mata Sabahan bahawa sememangnya perjanjian malaysia adalah tidak sah dan terbatal sejak dahulu lagi.
Maka itu, atas sebab apakah lagi untuk Bangsa Negara Sabah meneruskan 'persekutuan' ini yang sebenarnya merupakan 'penjajahan' seperti mana yang diakui oleh pegawai-pegawai British yang jelas direkodkan didalam dokumen-dokumen mereka?
Wujud usaha untuk melakukan perjanjian malaysia baru yang mampu memenuhi aspirasi rakyat yang selama ini disajikan sejak tahun 1963 namun semua usaha itu gagal sepenuhnya.
Segala yang menjadi milik Sabah seperti mana yang tertera didalam 'perlembagaan' telah begitu mudah mereka langgar dan tidak mematuhinya sehingga sekarang, dan inikah persekutuan yang ingin anda selamatkan?
Tindakan pihak kami memilih untuk memerdekakan Negara Sabah untuk menjadi Negara Merdeka, Negara Republik Sabah Borneo Utara adalah disusuli dengan justifikasi yang kukuh malah jauh lebih kuat lagi berbanding dengan alasan perpisahan yang diberikan oleh Singapura.
Jangan salahkan pihak kami kerana perjuangan RSNB ini tidak akan wujud jikalau malaya tidak menindas, menganiaya dan menjajah secara sosial, ekonomi dan politik. Keputusan yang berat ini dilakukan apabila persefahaman dikecapi bersama selepas melalui perbincang demi perbincangan dilakukan dikalangan Sabahan yang terdiri daripada golongan berpendidikan, professional dan rakyat biasa.
Keputusan sudah dimuktamadkan.
Apa yang boleh menghalang perjuangan ini hanyalah rakyat Negara Sabah sendiri dan bukan malaya.
Atas sebab itulah RSNB telah melancarkan kempen kesedaran bagi memberikan kesedaran secara menyeluruh agar melalui pengetahuan ini, sokongan kuat akan diberikan bagi membolehkan proses perpisahan daripada persekutuan ini dilakukan secara aman dan demokrasi.
Adakah sekarang anda faham?
Sebarkan mesej ini.
Republic of Sabah North Borneo - RSNB
Post a Comment