KUALA LUMPUR, Sabtu. - 9 August, 1965: suatu hari bersejarah dan hari pengumuman Tengku Abdul Rahman mengenai pemisahan Singapura yang menggemparkan seluroh ra'ayat Malaysia.
Hari ini, pengarang berita kumpulan akhbar2 Straits Times, Felix Abisheganaden yang menginterbiu segala tokoh2 yang bersangkutan dalam drama itu, melaporkan peristiwa2 yang membawa kapada perpisahan itu.
Tengku telah masok berbuat di-Landon Clinic pada hari Juma'at 25 June, hari terakhir sidang Perdana2 Menteri Commonwealth.
Sedang ia berbaring kata Tengku, fikiran-nya mela-yang kembali ka-tanah ayer dan masa'alah2 yang menghadapi Malaysia.
Banyak Masa
Banyak masa untok berfkir, kata Tengku lagi, walau pun ramai yang datang menziarahi-nya.
Sa-telah empat hari dihospital itu dan kesihatannya puleh. Tengku pun menchatitkan segala2 yang di-fikirkan-nya itu sa-chara mendalam.
Kata Tengku: "Saya telah menimbangkan burok baik-nya Singapura di-dalam Malaysia."
Tengku menunjukkan beberapa kajang kertass chata-tan-nya itu.
Sa-telah memperhitong segala perkara, nyata-nya keputusan-nya: "Demi ke-pentingan dan kesejahteraan Malaysia dan Singapura, le-beh baik-lah kedua negeri itu berpisah."
Tengku menchapai keputusan yang "menyayat hati" itu pada 29 June.
Pada hari itu juga di-Kuala Lumpur, Timbalan PM Tun Razak sedang bertemu dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew, untok chuba menyelesaikan perselisehan.
Rundingan2 mereka itu "terang terang" tetapi ti-dak ada terchapai kemaju-an dalam usaha menyele-saikan sengketa antara Ke-rajaan2 Singapura dan Pu-sat.
Kedua2-nya pun memu-tuskan untok menunggu Tengku balek dari London.
Beritahu
Pada ketika itu juga di-London. bekas Menteri Pembangunan Negara Singapura. Tuan Lim Kim San berada di-London, Kata Tengku:
"Saya pun memberitahu-nya perasaan saya me-mengenai Singapura. Tidak ada siapa pun boleh mengatakan bahawa Kerajaan Singapura tidak di-beritahu awal2 akan perasaan kita itu."
Pada 1 July. ketika maseh dalam hospital, Tengku pun menulis surat kapada Tun Razak menyatakan perasa-an-nya itu dan meminta Tun Razak berunding de-ugan mennteri2 kanan.
Ayer mata Tengku mele-leh ketika ia menyerahkan surat itu kapada setiausaha peribadi-nya. Haji Nik Ha-san, untok di-poskan.
Pada 22 July, ketika bere-hat di-France, Tengku me-nerima surat jawapan dari Tun Razak.
Surat itu memberitahu Tengku bahawa Menteri2 kanan itu setuju penoh de-ngan Tengku bahawa Si-ngapura hendak-lah ber-pisah dari Maaysia.
Tiga hari kemudian-nya, pada 25 July, Tengku me-nulis balek kapada Tun Razak dan mengarahkan-nya supaya "meneruskan persiapan2 dari segi un-dang2 dan pindaan2 kapada Perlembagaan."
Tun Razak segera men-jawab dan memberitahu ia akan memanggil sidang pada 9 August.
Rang undang2
Rang undang2 untok meminda Perlembangaan, Tun Razak memberitahu Tengku, akan di-bentang-kan hari itu dan di-lulus-kan hari itu juga.
Tengku setuju dan me-ngumumkan ia akan balek ka-tanah ayer sa-minggu sa-belum sidang Parlemen.
Dengan tidak berlengah2 lagi, Tun Razak mengarah-kan Peguam Negara, Inche Kadir Yusof menggubal perjanjian pemisahan dan rang undang2 pindaan itu.
Ini telah di-lakukan oleh Inche Kadir sa-telah berunding dengan pehak2 berkenaan di-Singapura.
Dalam masa tukar menu-kar surat yang bersejarah dan perundingan2 rahsia itu, tidak ada sa-siapa pun di - Singapura memberi angin2 pepechahan yang bakal berlaku itu.
PAP di-Singapura terus dengan perjuangan Ma-laysian Malaysia-nya.
Pemimpin2 Perikatan membalas kenyataan2 PAP, terutama Menteri Penerangan dan Penyiaran, Inche Senu bin Abdul Rahman.
Pada 28 July, Tun Razak terbang ka-Singapura dan menyeru Kerajaan Singapura "berbimbing tangan" dengan Kerajaan Pusat un-tok menjalankan rancha-ngan2 pembangunan bagi ra'ayat.
Lawatan itu merupakan usaha2 terakhir Tun Razak untok menyelesaikan seng-keta antara Kerajaan Si-ngapura dengan kerajaan Pusat.
Hingga ka-sa'at2 akhir itu pun pemimpin2 Singapura dan Malaysia maseh berharap bahawa dengan kembali-nya Tengku maka segala2-nya akan dapat di-atasi dan rang undang2 pindaan Perlembagaan itu tidak di-kirim kapada pen-chitak Kerajaan.
Tengku, dalam keadaan sihat dan riang gembira, tiba di-Singapura pada jam 3.50 dinihari 5 August dan menunggu-nya di-padang terbang ia-lah Tuan Lim Kim San.
Tuan Lee Kuan Yew, ketika itu berada di-Cameron High-lands.
Tengah hari esok-nya, Tengku terbang ka-Kuala Lumpur dan dalam sidang akhbar memberi-tahu ia akan menemui Tuan Lee.
Esok-nya, Juma'at 6 August, Tengku bertemu dengan Tun Razak, Dato Ismail, Tuan Tan Siew Sin dan Dato Sambanthan di-Residency.
Laporan
Laporan Tun Razak mengenai usaha2-nya untok berdamai de-ngan pemimpin2 Singapura te-lah di-binchangkan.
Tidak ada lagi jalan untok me-nyelesaikan sengketa itu.
Lewat malam itu, pemimpin2 Singapura pun di-beritahu akan keputusan berpisah itu.
Pada 7 August, Dato Dr.Ismail pun menulis surat kapada Pesurohjaya Polis Singapura, Tuan John le Cain:
"Dengan ini saya memeren-tah Tuan mulai 1 August 1965 supaya menerima perentah2 dari Tuan Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura untok mem-bolehkan ia menjalankan tang-gongjawab-nya bagi keselamatan dalam negeri Singapura."
Pada hari itu juga, Tengku mengarahkan Brigadier S.M.Alsagoff, Panglima Brigade ke-4 Tentera Persekutuan di-Singa-pura:
"Sepeninggalan Tun, saya me-ngambil tanggongjawab penoh untok memberi perentah ini.
"Mulai 9 August 1965, tuan hendak-lah menerima perentah2 dari Tuan Lee Kuan Yew, PErdana Menteri Singapura kerana dari sekarang ia menguasai per-tahanan dan keselamatan Singapura.
"Perentah2 lain akan di-kirim selanjut-nya."
Menalipon
Pada jam 11.30 pagi, Dr.Goh Keng Swee manalipon pejabat Tengku untok mengator perte-muan antara Tuan Lee dan Tengku. Pertemuan itu pun di-ator.
Tuan Lee tiba di-Residency dengan motokar pada jam 12.30 tengah hari. Bersama Tengku ketika itu ia-lah Tun Razak, Dato Ismail, Tuan Tan Siew Sin dan Dato Sambanthan.
Tuan Lee mula-nya minta bertemu dengan Tengku saja dulu dan mereka pun masok ka-bilek lain. Mereka berunding sa-la-ma 30 minit.
Sa-telah keluar, Tengku me-minta kertas dan atas permin-taan Tuan Lee menulis sa-puchok surat kapada Dr.Toh Chin Chye, Timbalan PM Singapura.
Kata Tengku: "Tuan Lee meminta saya menulis sa-berapa rengkas yang boleh. Itu-lah se-bab-nya saya tidak menjelaskan maksud chakap saya manakala saya memberitahu Dr.Toh sa-perti berikut:
"....Kalau saya chukop kuat dan dapat menguasai keadaan sa-penoh-nya, mungkin saya dapat melambatkan tindakan, te-tapi saya tidak..."
Menurut Tengku, Tuan Lee memberitahu-nya bahawa Dr.Toh dan Tuan S.Rajaratnam (bekas Menteri kebudayaan) tidak setuju dengan pemisa-han Singapura dan mereka enggan menandatangani per-janjian pemisahan.
Tuan Lee memberi jaminan bahawa dengan surat Tengku itu, maka Dr. Toh dan Tuan Rajaratnam akan menandatangani perjanjian pemisahan itu.
"Itu-lah sebab-nya saya me-nulis surat itu," Tengku men-jelaskan.
Terima surat
Satelah menerima surat itu, Tuan Lee meminta Tengku memberikan sa-buah kapalter-bang Angkatan Udara di-Raja Malaysia untok kegunaan-nya. Kata-nya ia akan mendapat-kan tandatangan Menteri-nya dan memulangkan perjanjian itu melalui setiausaha-nya hari itu juga. Tengku bersetuju.
Pada hari Ahad perjanjian itu, lengkap dengan tandata-ngan semua Menteri2 Singapura pun di-kembalikan ka-pada Tengku, pada sa-belah pagi-nya.
Pada jam 10 pagi, Majlis tertinggi Perikatan bersidang.
Salepas sidang itu, pada jam 11.05 pagi, Menteri2 Besar dan ketua2 Menteri berkumpul da-lam sa-buah belek jawatan-kuasa di-Dewan Tengku Abdul Rahman.
Tengku pun mengumumkan pemisahan Singapura dari Malaysia dan memberi kete-rangan mengenai perjanjian itu serta rang undang2 yang akan di-bentangkan kapada Parlemen esok-nya.
Sapanjang hari Ahad itu, Pesurohjaya Tinggi British, Lord Head berkali2 chuba menghubungi Tengku tetapi tidak berhasil.
Beliau di-beritahu bahawa pada malam itu, Menteri2 akan menghadhiri satu majlis jamuan. Beliau perge ka-majlis itu lalu berchakap dengan Tun Razak.
Lord Head
Lord Head datang ka-majlis jamuan itu tanpa di-undang kerana hendak berchakan de-ngan Tun Razak.
Ketua Menteri Sabah Tuan Peter Lo yang tidak sempat hadhir sidang Majlis Tertinggi Perikatan tiba pada jam 11.15 malam.
Sa-buah motorkar kerajaan menunggu-nya di-padang ter-bang dan membawa-nya ka-majlis jamuan.
Tun Razak pun memberita-hu-nya akan keputusan memi-sahkan Singapura.
Kata Tuan Lo: "Saya terke-jut sekali dan hampir2 tak perchaya...."
Sejurus salepas tengah ma-malam, beliau menalipon Men-teri2-nya di-Sabah atas hal itu. Mereka memberi kuasa penoh kapada-nya untok "membuat apa saja yang di-fikirkan baik sa-kali."
Pada hari Ithnin 9 August, jam 8.45 pagi, Lord Head da-tang ka-Residency dan mera-yu2 kapada Tengku supaya menanggohkan keputusan itu "sakurang2-nya sa-hari."
Beliau menyampaikan ka-pada Tengku satu perutusan dari Perdana Menteri British, Tuan Harold Wilson yang me-nyatakan perasaan "keham-paan amat sangat" atas hal itu.
Tengku memberitahu Lord Head bahawa segala2-nya telah selesai." Tidak ada apa satu pun yang boleh mengubah ke-putusan kami."
Lord Head kemudian menarek diri dari Residency.
Pada jam 9.15 pagi, Pesuroh-Jaya Tinggi Australia, Tuan Tom Crithchley pula menemui Tengku.
Beliau juga merayu kapada Tengku supaya menanggohkan keputusan itu, tetapi ia juga tidak berjaya.
Berkumpul
Pada jam 9.30 pagi, semua ahli2 Parlemen Perikatan ber-kumpul di-bilek Jawatankuasa nombor satu bangunan Parle-men.
Tengku pun memberitahu mereka keputusan yang telah di-ambil mengenai Singapura. Mereka harus mengundi un-tok menjaminkan kelulusan undi dua pertiga sa-bagaimana di-perlukan menurut Perlem-bagaan.
Tengku menyeru pemimpin2 Sabah dan Sarawak supaya menyokong rang undang2 pin-daan Perlembagaan itu.
Tanpa sokongan mereka, Kerajaan tentu tidak mendapat kelulusan rang undang2 itu.
Ketika locheng permulaan sidang Dewan Ra'ayat berbunyi pada jam 10 pagi itu, maka di-Singapura Tuan Lee Kuan Yew mengumumkan pe-misahan Singapura dari Malaysia.
Rang undang2 itu di-debat dalam Dewan Ra'ayat dan lulus dengan 126 undi. Tidak ada yang menentang.
Meluluskan
Sidang tergempar Dewan negara pada tengah hari itu meluluskan juga rang undang2 pindaan Perlembagaan itu sa-telah berdebat selama dua jam.
Dalam satu sidang akhbar di-Singapura, Tuan Lee berkata Kerajaan-nya akan bekerjasa-ma dengan Kerajaan Pusat.
Di-Kuala Lumpur, Tengku menyatakan harapan bahawa Singapura akan mengechap keamanan, kesejahteraan dan kema'amoran.
Kata Tengku: "Kita sedia menolong saberapa yang boleh Saya yakin bahawa dalam berbedzaan kita akan bersua dengan titek2 pertemuan dan seterus-nya menchapai per-paduan. Sebagaimana kata pepetah: kalau jauh, berbau wangi..."
Source: Berita Minggu
Post a Comment