Pihak RSNB berasa hairan tentang bagaimana corak pemikiran sesetengah orang kita, Sabahan.

Mereka mengatakan ‘teruskan bermimpi’, ‘angan-angan’, ‘temberang’ dan sewaktu dengannya.

Ini penjelasan pihak kami...


Ketamadunan sesebuah Bangsa dan Negara tidak akan berkembang jikalau ‘mimpi’ dan ‘angan-angan’ itu tidak wujud dikalangan pemimpin-pemimpin mereka.

Penjajahan dan Kemerdekaan itu tidak akan berlaku jikalau penjajah tidak memiliki ‘mimpi’ dan ‘angan-angan’ untuk menakluki sesebuah negara asing untuk kepentingan negaranya, dan Negara yang terjajah tidak akan pernah Merdeka daripada penjajahan jikalau mereka tidak memiliki ‘mimpi’ dan ‘angan-angan’ untuk memerdekakan Negara mereka daripada terus dieksploitasi oleh penjajah.

Tidak akan ada mana-mana manusia akan mampu menjadi Peguam, Doktor, Jurutera, Guru, Saintis dan seterusnya jikalau mereka ini tidak memiliki ‘mimpi’ dan ‘angan-angan’ untuk menjadi seperti yang diinginkan.

Tidak akan ada pertambahan manusia di dunia ini jikalau pihak lelaki dan perempuan tidak ‘bermimpi’ dan ‘berangan-angan’ untuk bersatu dibawah ikatan kasih yang akan meneruskan kelangsungan cinta mereka yang akhirnya menghasilkan nafas baru iaitu anda semua.

Ini kerana ‘mimpi’ dan ‘angan-angan’ yang anda persendakan itu sebenarnya merupakan asas kepada sesuatu perkara sebelum ia menjadi realiti.

Ini kerana apabila asas itu disertai oleh usaha, perancangan, strategi, segala ‘mimpi’ dan ‘angan-angan’ sudah 50% bakal menjadi realiti.

Demikian juga perjuangan Kemerdekaan Negara Sabah yang akan membentuk Negara Republik Sabah Borneo Utara / Republic of Sabah North Borneo.

Jikalau tiada usaha dilakukan, ia pasti tidak akan menjadi realiti sebaliknya jikalau usaha sedang digiatkan, nescaya sinar harapan itu sudah dapat dirasai dan kelihatan seperti mana sesetengah daripada anda sudah merasai dan melihatnya.

Jikalau dilain hari orang bertanya, bagaimanakah Negara Republik Sabah Borneo Utara boleh muncul di Peta Asia Tenggara dan Dunia?

Katakan kepada mereka... 

Semuanya bermula daripada hanya sebuah ‘mimpi’ dan ‘angan-angan’.


Republic of Sabah North Borneo - RSNB

Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.