Salam sejahtera kepada semua Rakyat Negara Sabah yang dikasihi.
Tahun 2021 merupakan tahun yang penuh dengan
cabaran yang terpaksa ditempuhi dengan hati yang kental tanpa mengenal erti
putus asa. Satu perjalanan yang dilalui dengan penuh harapan agar hari esok dan
hari seterusnya akan menjadi lebih baik. Percayalah bahawa semua ini hanyalah
bersifat sementara kerana kita semua akan BERSATU untuk menjadikan kehidupan
kita lebih baik dimasa akan datang.
Disini, pihak Republic of Sabah North Borneo (RSNB)
ingin memberikan kenyataan rasmi pertama untuk tahun 2021.
Sepanjang tahun ini, pihak RSNB telah memilih
untuk membuat pemerhatian tentang senario politik dan keadaan semasa di Tanah Air.
Namun, apa yang telah disaksikan adalah suatu keadaan yang tidak seperti yang
diharapkan selama ini. Maka dengan itu, pihak RSNB perlu mengaktifkan organisasi
ini sepenuhnya agar dapat memberikan perubahan yang positif kepada Tanah Air
yang tercinta, Negara Sabah.
Pihak RSNB ingin memberikan kenyataan rasmi
berhubung dengan Perjanjian Malaysia dan Bajet 2022 yang telah dibentangkan di
dewan parlimen Malaysia pada 29 Oktober 2021.
Pertama, adalah sungguh mengecewakan apabila
melihat tindakan pemimpin-pemimpin Tempatan Negara Sabah yang tidak menampkan kesungguhan
dalam memperjuangkan Hak dan Nasib Rakyat Negara Sabah dengan serius. Ia seperti
mencaturkan setiap kehidupan rakyat demi kelangsungan kepentingan politik
masing-masing.
Pemimpin-pemimpin Negara Sabah masih
memperjuangkan Perjanjian Malaysia (MA63) yang sememangnya adalah suatu
perjanjian yang telah terbatal sejak dari mulanya. Pihak RSNB sungguh kecewa
dengan tindakan parti-parti politik tempatan yang masih mengangkat MA63 sebagai
sebuah perjanjian yang ‘sah’ sedangkan ahli-ahli politik sebenarnya mengetahui
keadaan sebenarnya bahawa perjanjian MA63 itu sememangnya tidak sah dan
terbatal kerana status dan kapasiti Kerajaan Negara Sabah (Government of North
Borneo) dan Negara Sarawak pada masa itu masih lagi berstatus sebagai ‘Tanah
Jajahan’ ketika menandatangani dokumen MA63.
Berdasarkan kepada undang-undang antarabangsa, ‘Tanah-Tanah
Jajahan’ tidak memiliki kapasiti yang sah untuk melakukan sebarang ‘Perjanjian
Antarabangsa’. Ini telah disahkan kebenarannya melalui hasil keputusan Makhamah
Pengadilan Antarabangsa - International Court of Justice (ICJ) berhubung dengan
kes Pulau Chagos (Chagos Island).
Apa yang boleh difahami hasil daripada tindakan
politik yang dilakukan oleh parti-parti politik tempatan Negara Sabah adalah
ingin membuktikan bahawa sememangnya perjanjian ini telah terbatal kerana
sehingga ke hari ini, Malaya tidak pernah menghormati ‘kedaulatan’ perjanjian
ini. Jelas terbukti juga bahawa perjanjian ini bukanlah sesuatu yang perlu
ditakuti oleh Malaya kerana mereka memahami benar ketidaksahihan perjanjian ini,
yang tidak memiliki kuasa politik keatas mereka.
Dan atas sebab-sebab ini, yang telah disokong
oleh kajian yang telah dilakukan oleh pihak RSNB bersama-sama dengan NGO
antarabangsa seperti Sabah Sarawak Rights – Australia & New Zealand (SSRANZ),
BOPIM dan Sabah Sarawak Union – United Kingdom (SSU-UK), bahawasanya Perjanjian
Malaysia 1963 (MA63) adalah TERBATAL dan TIDAK SAH sejak ia ditandatangani pada
9 Julai 1963.
Bukti-bukti ini jelas dapat dilihat melalui
dokumen-dokumen kolonial yang diperolehi di Arkib England.
Pendirian RSNB jelas dan kukuh tanpa sebarang
keraguan bahawa MA63 adalah tidak Sah dan Terbatal yang tidak perlu diangkat
serta diperjuangkan lagi kerana tindakan untuk mengharapkan agar ia dihormati
adalah satu tindakan yang hanya akan membolehkan Malaya untuk terus
memperbodohkan dan mempermainkan kehidupan dan masa depan rakyat Bangsa Negara
Sabah selamanya.
Kedua, Bajet Belanjawan 2022 jelas membuktikan
kebenaran kenyataan RSNB kerana peruntukan yang diberikan melalui pembentangan bajet
tersebut bukanlah satu peruntukan yang adil kepada pembangunan Negara Sabah.
Untuk membolehkan Negara Sabah memperolehi
pembangunan yang pesat, ia memerlukan sekurang-kurangnya RM40 Billion setahun agar
kesemua daerah-daerah di Negara Sabah yang sebesar negeri-negeri di Malaya memperolehi
dana pembangunan untuk menjana ekonomi setempat yang mampu mengubah sosioekonomi
setiap keluarga yang kini masih lagi berada dibawah paras kemiskinan meskipun
sudah bersama-sama dengan Malaya hampir 60 tahun.
Tindakan Kerajaan Negara Sabah yang sentiasa ‘berharap’
agar peruntukan besar diberikan adalah suatu perbuatan yang telah merendahkan
maruah dan martabat Bangsa kerana ia kelihatan seperti Kerajaan yang ‘mengemis’.
Kerajaan Negara Sabah perlu membuat keputusan
yang tegas, berani dan bertanggungjawab demi Masa Depan Generasi Muda Negara
Sabah.
Sudah tiba masanya untuk Kerajaan Negara Sabah
mewakili suara Rakyat Negara Sabah untuk membawa suara Kemerdekaan Penuh agar
mampu memiliki sepenuh kedaulatan dan perundangan untuk mengurus tadbir Negara
ini tanpa perlu campurtangan Malaya.
Kegagalan untuk melaksanakannya hanya akan
menguatkan rentak dan perjuangan RSNB dan NGO antarabangsa untuk membawa rakyat
beralih sokongan kepada kepimpinan baru yang bersedia untuk mengemudi lanskap
politik baru Sabah yang melihat Kemerdekaan sebagai Jalan Penyelesaian penuh
kepada kesemua masalah yang tidak pernah berakhir selama berada dibawah
penguasaan malaya.
Ketiga dan terakhir, pihak RSNB akan memastikan
bahawa kepimpinan tempatan yang pro Malaya akan disingkirkan daripada dunia
politik Negara Sabah dan kepimpinan tempatan yang Pro Kemerdekaan Negara Sabah
akan diangkat sepenuhnya kerana golongan ini akan melakar sejarah Kemerdekaan
Negara Sabah dalam tempoh 9 tahun daripada sekarang.
Kejayaan untuk melakukan dan menjayakan
perancangan ini semuanya bergantung kepada kesediaan rakyat Negara Sabah untuk
bersama-sama berjalan kearah masa depan yang baru dengan minda dan jiwa yang
Merdeka tanpa perlu takut kepada sebarang ancaman luar.
Kepada rakyat Negara Sabah yang percaya kepada
usaha ini, sila berikan sokongan padu tanpa berbelah bahagi kepada pihak RSNB.
Daftarkan diri anda sebagai ahli agar dapat menunaikan tanggungjawab dalam menyebarkan
perjuangan RSNB ini kepada semua rakyat Negara Sabah khususnya kepada golongan
anak-anak muda yang bakal mewarisi pucuk kepimpinan Kerajaan Negara Sabah.
Kenyataan ini dikeluarkan dengan penuh
bertanggungjawa oleh pihak RSNB.
Salam Hormat.
Republic of Sabah North Borneo – RSNB
31 Oktober 2021
Post a Comment