Kuasa Politik Negara Sabah dikhaskan untuk Rakyat Negara Sabah untuk dinikmati sepenuhnya tanpa sebarang sekatan ataupun larangan. Kuasa ini dapat diperolehi melalui Parti-Parti Tempatan Negara Sabah yang akan bertanding untuk membuktikan kemampuan mereka untuk menjadi Parti yang akan membentuk Kerajaan Negara Sabah. Sama ada ia akan dilakukan secara bersendirian ataupun Pakatan/Gabungan, ini akan membolehkan Negara Sabah ditadbir dibawah kepimpinan Bangsa Negara Sabah

Atau adakah Rakyat Negara Sabah mahu parti asing/parti luar/parti malaya/ parti penjajah mengambil alih Kuasa Politik Rakyat Negara Sabah melalui ‘barua-barua’ ataupun ‘proksi-proksi’ malaya yang jelas hanya menjadi ‘orang suruhan malaya/ patung/ boneka / yes sir / aku yang menurut perintah Tuan Penjajah’ untuk memerintah kehidupan anda dalam aspek sosial, ekonomi dan politik?

Atau adakah Rakyat Negara Sabah 'sangat bermurah hati' untuk 'memberikan sebahagian Kuasa Politik Negara Sabah' kepada 'parti-parti asing/parti-parti luar/parti-parti malaya/parti-parti penjajah' kerana berasakan Bangsa Negara Sabah terlalu 'bodoh/lemah/tidak berkemampuan/wajar dijadikan hamba politik malaya selama-lamanya???

Atau kerana tidak mahu hubungan diantara kerajaan penjajah/persekutuan bertentangan dengan Kerajaan Negara Sabah, maka 'rasuah kuasa politik' diberikan melalui 'pembahagian kerusi DUN-DUN dan Parlimen?'

Tidakkah jikalau Kerajaan Negara Sabah dibentuk sepenuhnya oleh Parti-Parti Tempatan, hubungan dua hala masih boleh dilakukan dan ia telah dibuktikan oleh Kerajaan Pertama (USNO), Kedua (BERJAYA), Ketiga (PBS) dan seterusnya?

Parti-Parti Tempatan MESTI MENDOMINASI KUASA POLITIK NEGARA SABAH dan SEMESTINYA IA TIDAK BOLEH MEMBERIKAN RUANG KEPADA parti-parti malaya/parti-parti penjajah/parti-parti asing untuk mendominasi KUASA POLITIK NEGARA SABAH!

TIADA TAPI HANYA MESTI!

Kecuali anda mengakui bahawa Parti-Parti Tempatan Negara Sabah sememangnya WAJAR dijadikan parti-parti suruhan malaya yang hanya mampu memiliki secebis kuasa politik yang sememangnya adalah HAK MUTLAK part-parti Tempatan Negara Sabah!

Dan kecuali anda sememangnya mengakui bahawa Parti-Parti Tempatan Negara Sabah gagal untuk mendapatkan keyakinan daripada Rakyat Negara Sabah untuk memberikan sokongan kepada mereka.

Dan Kecuali anda sememangnya mengakui bahawa kewujudan parti-parti Tempatan Negara Sabah sememangnya mudah difahamkan dalam ayat yang ringkas iaitu 'Good for Nothing?'

Bincangkan...

Yang Benar,

Republic of Sabah North Borneo - RSNB

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.