Melihat kepada senario politik semasa di Negara Sabah, pihak RSNB tidak boleh mengambil pendirian untuk berdiam dan memerhati sahaja. RSNB perlu memberikan pandangan dan kesedaran kepada rakyat Negara Sabah tentang apakah yang harus dilakukan dalam tempoh PRN Sabah ke-15 ini berlangsung.

Politik Negara Sabah MESTI didominasi oleh Parti-Parti Politik Tempatan!

Sabahan mesti sedar bahawa Kuasa Politik Negara Sabah adalah diperuntukkan untuk Parti-Parti Tempatan dan bukan untuk parti-parti asing seperti umnno, ppbm, pkr, dap, pas, amanah, mca dan sebagainya yang jelas merupakan parti-parti malaya!

Parti-parti politik Tempatan Negara Sabah MESTI mendominasi kekuasaan politik tempatan dan jangan sesekali tunduk kepada tuntutan parti luar seperti umno dan ppbm meskipun ‘pemain politiknya adalah orang Sabah’ yang kononnya ingin bertanding sebanyak 32 dan 45 kerusi.

Sabahan akan menjadi lebih kuat apabila bersaing sesama parti-parti tempatan meskipun berbeza pendekatan politik dan tidak sesekali bertuankan kepada parti luar yang ingin mendominasi kuasa politik tempatan yang lantas mahu bertindak menjadi ketua.

TIDAK! Kita tidak boleh benarkan ia berlaku!

Tindakan parti-parti tempatan yang membelakangkan kepentingan Sabahan wajar dihukum tetapi bukan dengan memilih parti-parti malaya sebaliknya memberikan sokongan undi ataupun politik kepada parti-parti tempatan yang telah sedia wujud dan bersedia untuk menggantikan parti politik tempatan yang jelas mengabaikan keutamaan Rakyat Negara Sabah.

Parti-parti politik tempatan Negara Sabah PERLU dan MESTI membuktikan kehebatan masing-masing dengan mendominasi kesemua kerusi-kerusi yang telah diperuntukkan untuk Negara Sabah pada PRN Sabah ke-15 kali ini 

Pada masa sekarang, jumlah kerusi DUN Negara Sabah telah meningkat daripada 60 kerusi kepada 73 kerusi. Parti-parti politik tempatan Negara Sabah perlu bertanding sebanyak 73 Kerusi tanpa memberikan ruang kepada parti-parti malaya!

Kita perlu singkirkan spenuhnya pengaruh-pengaruh malaya dengan cara, menyingkirkan parti-parti malaya keluar daripada politik Negara Sabah bermula pada PRN Sabah ke-15 ini!

Tiada TAPI hanya MESTI!

Dengan bertanding untuk menguasai kesemua kerusi tidak membawa maksud bahawa kita tidak ‘mengukur kekuatan parti’ tetapi kita hanya melakukan apa yang sebetul-betulnya dan WAJAR LAKUKAN!

Pembentukan Negara Republik Sabah Borneo Utara 9 tahun 10 bulan daripada sekarang akan didominasi oleh parti-parti tempatan dan ia mesti dilakukan sekarang!

STAR Sabah, SAPP, Warisan, PBS, PCS, PBRS,UPKO, LDP, USNO dan kesemua parti-parti tempatan Negara Sabah perlu membuktikan kemampuan mereka adalah selari dengan mesej yang disampaikan selama ini!

Kekalahan dan Kemenangan didalam Pilihanraya itu adalah lumrah politik yang bermaruah tetapi apabila ‘kalah’ sebelum bertanding itu adalah sangat memalukan jikalau tidak mempunyai justifikasi yang membolehkan tindakan itu diambil.

Bangsa Negara Sabah tidak boleh membiarkan malaya mengawal kehidupan sosial, ekonomi dan politik di Negara Sabah lagi! Mereka bukanlah orang-orang yang boleh dijadikan contoh yang baik kerana kepimpinan mereka adalah lebih buruk dan hina kerana penuh dengan muslihat yang tidak berkesudahan!

Jikalau kepimpinan parti tempatan yang ada sekarang tidak berkemampuan untuk melakukan sesuatu yang betul, anak-anak muda Negara Sabah perlu melibatkan diri didalam peringkat kepimpinan tertinggi parti-parti tempatan dan mengambil ahli kepimpinan parti untuk memperjuangkan apa yang sebenarnya harus diperjuangkan selama ini iaitu SABAH FOR SABAHAN!

Pembentukan Negara Republik Sabah Borneo Utara hanya dapat dibentuk dengan penguasaan parti-parti tempatan yang Berjiwa Kebangsaan dan Nasionalis!

Kepimpinan Parti-parti tempatan perlu membuktikan diri mereka mempunyai kekuatan mental dan psikologi untuk berhadapan dengan tekanan-tekanan politik malaya iaitu tekanan kerajaan persekutuan/penjajah!

Selagi ia tidak diatasi, alasan yang sama yang telah digunakan sejak tahun 1980an akan sentiasa dikitar semula untuk dijadikan jawapan skema/rasmi oleh mana-mana ahli-ahli politik dan parti-parti tempatan, yang sebenarnya sudah basi dan berbau busuk serta penuh dengan penghinaan kepada Maruah dan Bangsa Negara Sabah!

Golongan yang menggunakan alasan-alasan ini wajar disingkirkan sepenuhnya daripada Dunia politik Negara Sabah!

Kegagalan kita didalam pentadbiran Negara merupakan peluang dan kesempatan kita untuk memperbaiki kelemahan itu.

Penguasaan kita didalam Kerajaan Tempatan bukan untuk memelihara suku-sakat kita tetapi adalah untuk memastikan Bangsa kita, Bangsa Negara Sabah yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang etnik, budaya dan agama mendapat peluang, keadilan yang saksama untuk menerajui tugas-tugas penting melalui potfolio-potfolio Kerajaan dengan penuh amanah, dedikasi, matang, integriti dan professional!

Jikalau parti-parti tempatan gagal melakukan perkara ini, maka Calon-Calon Bebas yang terdiri daripada Generasi Muda wajar diberikan peluang untuk menggantikan parti-parti tempatan yang lemah dan ini sekaligus berkemampuan untuk menyingkirkan pengaruh-pengaruh malaya melalui keberanian dan dedikasi Generasi Muda yang dipenuhi dengan semangat Nasionalisme!

PRN Sabah ke-15 ini merupakan TITIK PERUBAHAN yang akan menjadi rujukan sejarah perkembangan politik Tanah Air Negara Sabah!

Republic of Sabah North Borneo -RSNB
3 Ogos 2020

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.