Sabah adalah wilayah Negara Brunei Darussalam seawal pemerintahan Sultan Brunei yang pertama, Sultan Muhammad Shah (Awang Alak Betatar) (Tahun 1363- 1402 masehi) sehingga ke penghujung abad ke-19 selama 500 tahun. 

Semasa Perang Saudara Brunei (1661-1673), Sultan Muhyiddin telah menjanjikan wilayah pesisir pantai timur Sabah kepada sepupu beliau Sultan Suluk jika membantu beliau memerangi Sultan Abdul Hakkul Mubin (yang berkubu di Pulau Chermin di mulut Sungai Brunei pada tahun 1673). Walau bagaimanapun, pihak Suluk tidak menjalankan tugas yang diberikan dengan baik menyebabkan kemurkaan Sultan Muhyiddin yang enggan menyerahkan Sabah kepada Kesultanan Suluk. Sejak itu pihak Kesultanan Suluk hanya menuntut wilayah timur Sabah. Ini terbukti daripada catitan "The History of Java" oleh Sir Thomas Stamford Raffles pada tahun 1817 yang mengatakan bahawa "On the north-east of Borneo proper [Brunei] lies a very considerable territory [Sabah], the sovereignty of which has long been claimed by Sulu government". [claimed= menuntut, bukan bererti 'menguasai']

Sehinggalah pada tahun 1865, Sultan Abdul Momin Brunei telah memajakkan wilayah barat Sabah kepada Charles Lee Moses (Moses kemudian menjual haknya kepada W.J. Torrey dan Torrey menjual haknya kepada Baron von Overbeck, Konsul Empire Austro-Hungary di Hong Kong). Baron von Overbeck bersama Alfred Dent (Hong Kong) kemudiannya menubuhkan the Dent Company. Pada tahun 1877, Baron von Overbeck telah ke Brunei untuk membuat perjanjian pajakan baru dengan Sultan Abdul Momin. Sultan Abdul Momin Brunei telah melantik beliau menjadi Maharaja Sabah dan Raja Gaya dan Sandakan. Menyedari pihak Suluk juga menuntut wilayah timur Sabah pada masa itu, Baron juga membuat perjanjian dengan Sultan Suluk ke atas wilayah timur Sabah yang dituntut Suluk sebagai jaminan mengelak masalah2 di kemudian hari (dan beliau dilantik oleh pihak Suluk sebagai Raja Sandakan dan Dato Bendahara). Duit pajakan wilayah Sabah yang dibayar oleh Baron von Overbeck kepada Sultan Brunei ialah $12,000 setahun dan $3,000 kepada Temenggong Brunei, manakala duit yg dibayar kepada Sultan Suluk ialah $5,000 setahun mengikut perjanjian Baron von Overbeck dengan Sultan Suluk pada 1878. Baron von Overbeck kemudian menjual semua haknya kepada Alfred Dent, pengasas British North Borneo Company, yang mentadbir Sabah (North Borneo) dari tahun 1882-1946, yang kemudian menyerahkannya kepada Kerajaan British.

Jika dilihat pada dokumen2 pajakan Sabah pada Disember 1877 ada terkandung syarat jika Baron von Overbeck atau pengganti2nya tidak membayar sewa pajakan selama 3 tahun maka Sultan Brunei/ Temenggong Brunei berhak mengambil balik semua wilayah yang dipajakkan itu. Manakala, di antara kandungan perjanjian Baron von Overbeck dengan Sultan Suluk pada Januari 1878 ialah pajakan itu adalah untuk selama-lamanya, iaitu dirujuk sebagai "Selagi ada Bulan dan Bintang" dalam perjanjian tersebut. Daripada kandungan kedua-dua perjanjian ini termasuk jumlah duit pajakan dan juga tarikh perjanjian-perjanjian itu dibuat, ternyata Sabah adalah hak milik Brunei masa itu dan bukan milik Suluk. 

Setahun kemudian, Sultan Suluk telah tunduk kepada kekuasaan Raja Sepanyol dan mengiktiraf kedaulatan Sepanyol keatas semua wilayahnya dalam perjanjian yang ditandatangani diantara Sultan Suluk dan Sepanyol di Jolo pada 22hb Julai 1878 di mana artikel pertama adalah seperti berikut "Article 1. We declare that the sovereignty to Spain over all the Archipelago of Sulu and its dependencies is indisputable, and as a natural consequence of this declaration we constitute ourselves loyal subjects of His Majesty King Alfonso XII, and of his successors to the power." 

Rujukan: 

Enam tahun kemudian pada 7hb Mac 1885, Sepanyol sebagai penguasa Suluk telah melepaskan segala tuntutan kedaulatan keatas wilayah-wilayah yang dimiliki atau pernah dimiliki Suluk di Borneo kepada Kerajaan British."The Spanish Government RENOUNCES, as far as regards the British Government, all claims of sovereignty over the territories of the continent of Borneo, which belong, or which have belonged in the past to the Sultan of Sulu (Jolo), and which comprise the neighbouring islands of Balambangan, Banguey, and Malawali, as well as all those comprised within a zone of three maritime leagues from the coast, and which form part of the territories administered by the Company styled the “British North Borneo Company.” —Article III, Madrid Protocol of 1885".


Pada awal tahun 1960an, rakyat Sabah dan Sarawak telah memilih menyertai Malaya dan Singapura untuk membentuk Negara Malaysia, itulah pilihan yang dihormati walaupun terasa pilu di hati sesetengah rakyat Brunei pada masa itu yang ingin melihat tanah-tanah wilayah Brunei disatukan semula. Sehingga kini, hubungan rakyat Brunei dan Sabah/ Sarawak (Malaysia) tetap erat bagaikan kerabat, walaupun tidak duduk serumah (senegara) tetap duduk berjiran (bernegara jiran), tetap mesra dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

Bersama ini juga dilampirkan dokumen-dokumen perjanjian pajakan Sabah pada tahun 1877 yang berkaitan iaitu BUKTI-BUKTI SABAH ADALAH DI BAWAH PEMERINTAHAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEHINGGA 29HB DISEMBER 1877 DAN SEBELUM ITU TIDAK PERNAH DISERAHKAN KEPADA MANA-MANA NEGARA/ KERAJAAN (TERMASUK SULUK). Untuk makluman semua, dokumen-dokumen asal ini adalah disimpan di Public Record Office, Londan dan mempunyai bilangan rujukan Colonial Office: 874/2, 874/17, 874/18, 874/19 & 874/20.

SILA SHARE UNTUK PENGETAHUAN SEMUA! BETULKAN SEJARAH SABAH YANG SALAH DALAM BUKU TEKS!

13 HALAMAN SEMUA DALAM ALBUM INI (TEKAN 'NEXT' ATAU 'PREVIOUS'). DOWNLOAD DAN BACA SUPAYA DAPAT ENLARGE MANA YANG TAK TERANG

HjAwang HjOthman Awada Buu Titit Törñådö Göñzålèz Manzur Ozmanov Ibrahim Qadirbayev Faridah Daud Fatmah Fatimah Ibrahim Bakar Nik Rakib Nik Hassan II Kembara Jalanan Milin Biok Jr. Datuk Seri Chazy Chaz Muhamat Abd Rahman II

Sumber: 













Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.