REPUBLIC OF SABAH NORTH BORNEO - RSNB

KENYATAAN RASMI

06 JULAI 2020

Pihak RSNB ingin memaklumkan secara umum bahawa Pengasas kepada NGO ini adalah Committee yang telah membentuk NGO ini melalui Mesyuarat Rasmi Pertama yang telah diluluskan dengan sebulat suara.

Ini membawa maksud bahawa Committee RSNB adalah Pengasas kepada Penubuhan NGO ini dan telah memberikan Amanah dan Tanggungjawab penuh kepada Mosses PA Ampang untuk memikul Kepimpinan Committee agar dapat menjayakan Tujuan, Objektif, Misi dan Visi yang telah ditetapkan dan dipersetujui.

Kenyataan ini dibuat bagi mencerahkan keadaan yang telah menimbulkan banyak tanda tanya.

Perjuangan RSNB ini bukan bertujuan untuk mengangkat mana-mana individu tetapi adalah untuk Mendaulatkan dan Memerdekakan Bangsa Negara Sabah mengikut strategi tersendiri, daripada penguasaan Kuasa asing iaitu malaya yang kini dikenali sebagai malaysia, yang telah menjajah Negara Sabah melalui satu perjanjian yang tidak sah, yang telah dimetrai di Kota London pada 9 Julai 1963 dalam keadaan status Negara Sabah (North Borneo) pada ketika itu yang masih lagi berstatuskan sebagai Tanah Jajahan yang tidak memiliki kapasiti untuk memetraikan apa-apa perjanjian antarabangsa.

Kenyataan ini disokong dengan fakta yang sahih, yang boleh dilihat sendiri melalui dokumen-dokumen Perjanjian yang telah dikongsikan melalui Page Republic of Sabah North Borneo – RSNB ini. 


Perjanjian malaysia merupakan perjanjian yang telah melancarkan secara rasmi ‘Neo-Colonialist Operation’ keatas Negara Sabah dan Negara Sarawak.

Dengan kefahaman ini, setelah melakukan penelitian, kajian, merujuk segala sumber yang sahih bagi menguatkan kefahaman, akhirnya tindakan untuk membebaskan Negara Sabah daripada Penjajahan akan dilakukan melalui NGO RSNB.

Perjuangan Kemerdekaan Negara Sabah yang diperjuangkan oleh RSNB tidak akan menafikan sebarang usaha mahupun bersaing dengan mana-mana NGO Nationalist. Malah, pihak RSNB berharap suatu masa, apabila saatnya telah tiba, kerjasama dapat diwujudkan.

Harap Maklum.

Terima Kasih.

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.