Credits to How Africa
Perjuangan Kemerdekaan ini memerlukan anda semua untuk memiliki hati, mental, dan emosi yang sangat kuat untuk berhadapan dengan apa jua cabaran yang bakal datang dalam pelbagai bentuk.

Jangan takut mahupun gentar. 

Bertenang dan tabah.

Yakinlah bahawa perjuangan ini adalah benar dan tidak salah. 

Ia tidak menyalahi undang-undang kerana ia dilakukan mengikut saluran perundangan dan perlembagaan.

Segala fakta dan hujah disokong dengan bukti hitam putih.

Segala kenyataan yang bakal dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin tempatan mahupun malaya yang cuba mengecam perjuangan ini hanya akan menampakkan diri mereka sebagai 'barua malaya (Sabahan) dan penjajah (malaya)'.

Segala bukti sudah diberikan melalui dokumen-dokumen yang selama ini disembunyikan oleh malaya.

Jikalau berlaku ugutan daripada pihak polis, jangan sesekali mendiamkan perkara ini. 

Sila maklumkan dengan segera kepada pihak kami untuk tindakan lanjut.

Ikon Singa dijadikan lambang RSNB adalah kerana ingin pihak kami sampaikan mesej kepada umum bahawa perjuangan ini terdiri daripada Bangsa Negara Sabah yang memiliki kekuatan dan semangat seperti Singa.

Jadilah sebahagian daripada perjuangan ini untuk masa depan Generasi kita semua.

Mari kita wariskan harta yang paling bernilai kepada anak cucu-cicit kita melalui perjuangan ini iaitu Kuasa Kemerdekaan Penuh dan Negara Republik Sabah Borneo Utara!

MERDEKA BANGSA NEGARA SABAH!
DAULAT BANGSA NEGARA SABAH!
REPUBLIK SABAH BORNEO UTARA!
Labels:

Post a Comment

  1. Singa xngam.. Kita sini xda singa.. Klu sbah rhino's �� ada la.. Biar pun pupus tapi memang pnah wujud di sabah

    ReplyDelete

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.