RSNB memfokuskan kepada memberikan kesedaran secara menyeluruh melalui pendidikan interaktif iaitu melalui perbincangan secara berkumpulan dengan berhemah dan professional.

Didalam Kumpulan Tertutup yang hanya akan dianggotai oleh ahl-ahli yang sah, setiap ahli RSNB akan berpeluang untuk mengetahui bagaimanakah corak pentadbiran Kerajaan Republik melalui unit-unit yang diwujudkan bagi tujuan perbincangan.

Unit-unit perbincangan adalah seperti berikut:
-Perlembagaan Negara Republic Sabah Borneo Utara
-Sistem Pentadbiran
-Ekonomi
-Pendidikan
-Kesihatan
-Pencukaian dan kewangan
-Hubungan Antarabangsa
-Keselamatan dan Pertahanan
-Pembangunan Infrastruktur awam
-Politik
-Isu-isu umum dan semasa

Dengan memahami kesemua unit-unit ini, anda akan mencapai kematangan fikiran yang membolehkan anda melihat bahawa Bangsa Negara Sabah sememangnya berkemampuan untuk memerintah Negara Republik Sabah Borneo Utara.

Anda juga akan mampu melihat apakah kekurangan kita selama ini dan apakah kelebihan selepas terbentuknya Negara Republik ini.

Penyertaan anda sebagai ahli rasmi tidak akan disia-siakan kerana setiap ahli memiliki misi tersendiri untuk dicapai bagi membolehkan perjuangan Kemerdekaan ini mencapai Tujuan, Objektif, Misi dan Visi yang telah ditetapkan.

Kita mampu lakukan dan kita BOLEH MELAKUKANNYA!

Klik link ini >>>Daftar Diri Menjadi Ahli RSNB<<< untuk mendaftarkan diri anda menjadi ahli RASMI RSNB!

Sebarkan mesej ini!
Labels: ,

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.