REPUBLIC OF SABAH NORTH BORNEO - RSNB

Kenyataan Rasmi

30 Jun 2020


Dengan penuh kesyukuran dan rahmat anugerah Maha Pencipta mengikut kepercayaan rakyat Negara Sabah yang terdiri daripada pelbagai anutan agama, sukacitanya pihak kami ingin memaklumkan secara rasmi kepada umum bahawa sebuah Organisasi Bukan Kerajaan (Non-Governmental Organisation - NGO) telah berjaya ditubuhkan dibawah bidang kuasa perundangan Victoria, Australia pada 24 Mei 2020 dengan nama NGO Republic of Sabah North Borneo – RSNB (Republik Sabah Borneo Utara), dengan nombor pendaftaran A0109799D.

Ingin pihak kami juga memaklumkan secara umum bahawa setelah mesyuarat pertama RSNB diadakan, ahli-ahli Komiti RSNB dengan sebulat suara tanpa berbelah bahagi telah memberikan kepercayaan dan mandat penuh kepada Mosses PA Ampang untuk menerajui pucuk kepimpinan organisasi dengan jawatan rasmi sebagai Presiden, untuk memimpin perjuangan RSNB mengikut strategi yang bakal disusun dibawah kepimpinannya.

Melalui pengumuman ini, pihak RSNB ingin menyatakan secara rasmi Tujuan, Objektif, Misi dan Visi RSNB bagi rujukan umum.

TUJUAN

NGO Republik Sabah Borneo Utara (RSNB) berdedikasi untuk mendidik, meningkatkan kesedaran, dan memperjuangkan hak mutlak Negara Sabah untuk Menentukan Nasib Sendiri dan mencapai Kemerdekaan mengikut undang-undang antarabangsa. Kami komited untuk memobilisasi Bangsa Negara Sabah, mempengaruhi pembuat dasar di peringkat tempatan dan antarabangsa, serta menggunakan tekanan diplomatik, perundangan, dan politik bagi memastikan Sabah mencapai kemerdekaan penuh dan menubuhkan Republik Sabah Borneo Utara sebagai sebuah Negara yang Berdaulat.

OBJEKTIF

  1. Membongkar ketidaksahan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) melalui analisis undang-undang, bukti sejarah, dan kempen kesedaran awam agar rakyat Sabah memahami kebenaran.
  2. Memobilisasi Bangsa Negara Sabah untuk menuntut hak mereka dalam menentukan masa depan sendiri serta memastikan perjuangan kemerdekaan menjadi sebuah Gerakan Besar-Besaran yang didorong oleh kehendak Bangsa.
  3. Memberi tekanan kepada pemimpin politik, parti-parti tempatan, dan institusi Sabah untuk menjadikan kemerdekaan sebagai agenda utama, memastikan perjuangan Bangsa Negara Sabah tidak digugat oleh pengaruh luar atau diperalatkan untuk kepentingan politik tertentu.
  4. Melibatkan organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ASEAN, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), dan badan-badan global lain untuk mengukuhkan kes perundangan dan diplomasi dalam perjuangan kemerdekaan Bangsa Negara Sabah.
  5. Membangunkan rangka kerja peralihan yang komprehensif bagi memastikan Bangsa Negara Sabah bersedia dalam aspek pentadbiran, kestabilan ekonomi, keselamatan, dan hubungan luar negara selepas mencapai kemerdekaan, membolehkan Bangsa Negara Sabah berdiri sebagai negara yang bebas dan makmur.

Misi

Untuk mempercepatkan Gerakan Kemerdekaan Negara Sabah melalui strategi yang tersusun meliputi mobilisasi rakyat, advokasi perundangan, dan diplomasi antarabangsa. RSNB bertekad untuk memastikan Republik Sabah Borneo Utara mendapat pengiktirafan global, legitimasi politik, dan kestabilan ekonomi, sekali gus membuka laluan kepada peralihan yang lancar dan tidak boleh dipertikaikan dalam menuju kedaulatan menjelang tahun 2034.

Visi

Kami mengimpikan dan percaya bahawa Negara Sabah sebagai sebuah Negara Republik yang kuat, bebas, dan berdikari, dengan keupayaan penuh untuk menguruskan sumber alam, ekonomi, dan keselamatannya sendiri, sambil menegakkan prinsip keadilan, perpaduan, dan integriti. Sebagai sebuah negara yang diiktiraf di Asia Tenggara dan dunia, Sabah akan berperanan sebagai rakan setaraf dalam urusan antarabangsa serta memastikan kesejahteraan dan kedaulatan untuk generasi akan datang.

Dikemaskini pada 23 Februari 2025

_________________________________________________

Perjuangan RSNB ini adalah berlandaskan kepada garis panduan yang telah dinyatakan secara jelas agar rakyat Negara Sabah dapat memahami, menghayati dan memberikan sokongan padu melalui penglibatan diri secara langsung.

Dengan kewujudan NGO ini juga, ia akan membolehkan rakyat Negara Sabah untuk melakukan persiapan mental, fizikal dan psikologi bagi memastikan kejayaan didalam perjuangan ini menjadi realiti dan nyata.

Selain itu, pihak RSNB akan membuka pendaftaran keahlian jenis ‘Keahlian Bersekutu’ kepada semua Sabahan tanpa had umur bagi membolehkan semua Sabahan yang menyokong usaha untuk memerdekakan Negara Sabah dapat Bersama-sama melibatkan diri didalam program-program yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Generasi Muda Negara Sabah sangat-sangat dialu-alukan untuk menyertai perjuangan ini dengan sepenuh hati tanpa sebarang paksaan.

Permohonan keahlian yang diluluskan akan memperolehi nombor keahlian yang akan menjadi rujukan penting untuk setiap kali melibatkan diri didalam program RSNB.

Semua Bangsa Negara Sabah tanpa mengira had umur, etnik, jantina dan darjat adalah amat dialu-alukan untuk mendaftarkan diri secara rasmi untuk menjadi sebahagian daripada sejarah yang akan memperjuangkan kemerdekaan untuk membentuk Negara Republik Sabah Borneo Utara.

Perjuangan ini akan dilakukan dalam tempoh 10 tahun (2034).

Tempoh 10 tahun yang diberikan ini adalah bertujuan untuk memastikan bahawa Bangsa Negara Sabah telah benar-benar memahami keperluan dan tanggungjawab untuk memerdekakan Negara Sabah daripada penjajahan Malaya yang kini dikenali sebagai Malaysia.

Didalam tempoh 10 tahun ini, ia merupakan tempoh yang telah dipersetujui atas beberapa sebab. Antaranya adalah:
  • Tempoh ini merupakan tempoh yang kritikal dan sesuai, untuk mendidik dan memberikan kefahaman kepada Sabahan tentang justifikasi keperluan untuk membentuk Negara Republik.
  • RSNB ingin memastikan bahawa Sabahan mampu menyelami dan menghayati aspirasi perjuangan untuk menyelamatkan masa depan Generasi Bangsa Negara Sabah.
  • Pembentukan Negara Republik bukan ditubuhkan atas dasar ugutan, ancaman ataupun penipuan sebaliknya adalah untuk membuktikan bahawa Sabahan sememangnya telah mencapai proses kematangan untuk memerdekakan Negaranya daripada penjajahan Malaya yang kini dikenali sebagai Malaysia.
  • Untuk menyedarkan bahawa pembentukan Malaysia telah dilakukan secara terburu-buru iaitu dalam 3 tahun (1960-1963) tanpa sebarang referendum dan menggunapakai perjanjian yang tidak sah serta terbatal kerana telah melanggar syarat khusus yang termaktub didalam Resolusi UN 1541/1514 manakala proses pembentukan Negara Republik akan mengambil masa 10 tahun untuk menyediakan Bangsa Negara Sabah kepada transisi Kemerdekaan yang sebenar.
Perjuangan Kemerdekaan yang dipimpin oleh RSNB ini akan dilakukan melalui dua platform iaitu didalam dan diluar negara. Ini kerana perjuangan Kemerdekaan untuk negara Sabah memerlukan kombinasi yang strategik untuk memastikan keberkesanan itu mencapai tahap yang efektif.

Berdasarkan kepada pandangan pihak RSNB, Perjuangan Kemerdekaan didalam negara adalah sangat kritikal dan ia merupakan tunjang kepada pergerakan diluar negara. Walau bagaimanapun, pihak RSNB peka dan sedar wujud kelemahan yang serius apabila perjuangan itu hanya berlandaskan kepada gerakan dalaman sahaja.

Ini kerana melalui perspektif RSNB, gerakan didalam negara akan senang disekat dan ditutup daripada liputan media antarabangsa. Ini sekaligus akan mematikan pergerakan yang akan membawa pembebasan daripada kesengsaraan penindasan sosial, ekonomi dan politik yang dilakukan dibawah penjajahan Malaya melalui nama barunya iaitu Malaysia.

Gerakan diluar negara pula merupakan nadi untuk memastikan kelangsungan perjuangan didalam negara tidak akan terhenti. Justeru, gerakan diluar negara ini akan menjadi agen pemangkin dan perhubungan untuk membawa masyarakat antarabangsa untuk mengecam tindakan kerajaan penjajah iaitu Malaysia.

Melalui perhubungan diplomasi yang diwujudkan dengan masyarakat antarabangsa, keberangkalian tekanan politik akan dikenakan keatas kerajaan penjajah ini akan mampu melemahkan pengaruh mereka diperingkat antarabangsa yang seterusnya akan membantu menguatkan gerakan didalam negara.

Suntikan semangat dan bantuan teknikal dalam aspek mengurus tadbir organisasi, menyebarkan kebenaran, menyemarakkan kebangkitan rakyat dan seterusnya adalah peranan yang akan dilakukan oleh ahli-ahli RSNB diluar negara.

Kerjasama erat didalam dan diluar negara akan dilakukan. Ini adalah sangat penting dan saling bergantungan diantara satu sama lain.

Dengan pengumuman ini, RSNB secara rasminya akan melakukan kempen Kemerdekaan untuk membentuk Negara Republik Sabah Borneo Utara bermula pada 30 Jun 2020 dalam tempoh 10 tahun daripada sekarang.

Tamat.

Sebaran Media


Post a Comment

  1. Good Job.May God bless us.Smen.

    ReplyDelete
  2. Yerima kasih kepada DDJK kerana berjaya mendidik anak2 muda Sabah untuk terus menerus berusaha bersunggusunggu supaya Saba merdeka tanpa kikuasai oleh Malaya@Malaysia.

    ReplyDelete
  3. gud job but.siapa mr Mosses Pa Ampang?saya belum kenal.

    ReplyDelete
  4. Inilah masa yg.sekian lama dinanti-nantikan seluruh rakyat Di negara Di bawa bayu,berdikari memajukan Negara Sabah,Enough is Enough,Sabah Telah Dijajah oleh Malaya sekian lama,make the difference.Amen

    ReplyDelete
  5. Kalu badan ini ditubuhkan daripada politik si Gapiri Kitingan aka Lundu Mirongod aka Lundu Nalangud aka Raja Katak di dunia, jadi tetap aku tidak percaya dengan keikhlasannya...

    ReplyDelete

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.